home of anjungcafe

AnjungCafe Klasik memamparkan koleksi kreatif sekitar tahun 1996 sehingga awal 2000.

Menu:
 
Web www.anjungcafe.com

Sajak
 
Muka Depan Sajak | Hantar idea kreatif anda ke Sajak

Maafkan Aku Seadanya

by Najwa Anis on January 30, 19100 at 10:59:03:



Maafkan Aku Seadanya


Maafkan aku kerana melukakan hatimu,
Tidak terlintas dihatiku untuk membencimu,
Bukan niatku untuk menyisihmu,
Dan bukan juga tidak mahu menabur kasih padamu.

Kau terlalu agung bagiku,
Tidak layak rasanya...
Diri ini berdampingan denganmu,
Apatah lagi menerima lamaran...
Untuk aku menjadi teman hidupmu...

Sayang...
Mungkin kita dilahirkan bukan untuk bersama,
Terimalah hakikat bahawa kita...
Bukanlah pasangan yang ideal sejak dari dulu lagi,
Dan... maafkan aku seadanya,
Andai masih ada secalit sayang dihati kecilmu,
Buatku...

Kerana kasih...
Aku sanggup melepaskanmu,
Jika benar ada jodoh antara kita,
Kita pasti akan bertemu jua,
Suatu ketika...
Aku pasrah kerana...
Segalanya berlaku atas kehendak-Nya...



Statistik Kandungan
Penulisarchive(klik lihat profail)
Markah Undian0
Populariti1364
Tarikh2005-09-20

Sila Undi


Bookmark and Share

Since November 14th, 1996. All right reserved.Unauthorized duplication is a violation of applicable laws©+® 1996 - 2017 by AnjungCafe Sdn Bhd(Company No:632695 W).
No part of this web site and the "Anjung Cafe" name shall be reproduced, stored in a retrieval system, or transmitted by any means, electronic, mechanical, photocopying, recording, or otherwise, without written permission from AnjungCafe Sdn Bhd. (Company No:632695 W).