home of anjungcafe

AnjungCafe Klasik memamparkan koleksi kreatif sekitar tahun 1996 sehingga awal 2000.

Sertai AnjungCafe chat di Telegram. https://t.me/joinchat/AB9YzA9KxwphwE_ntG8alA

Menu:
 
Web www.anjungcafe.com

Sajak
 
Muka Depan Sajak | Hantar idea kreatif anda ke Sajak

Berlian Kehancuran

by Najwa Anis on January 30, 19100 at 11:06:31:



Berlian Kehancuran


Sesuatu yang tidak kusangkakan…
Segalanya berlaku sekelip mata,
Entah mengapa…
Perasaan benci mula menghantui diri…

Mahligai yang dibina…
Runtuhnya tidak dipinta,
Aku yang berusaha untuk membinanya semula,
Tapi…kau hanya tersenyum…
Melihat kehancuran itu…
Seolah-olah tiada apa yang berlaku,
Mengapa kau cuba menegakkan benang yang basah?!

Apakah dayaku…
Seorang insan yang lemah,
Tidak mampu untuk menegakkannya semula,
Segalanya tidak dirancang,
Kehadiran orang ketiga menjadi punca…

Aku hanya mampu…
Mendoakan kebahagiaan kalian berdua,
Sayang…dijari manisnya…
Kau sarungkan berlian kebahagiaan…
Sebaliknya…aku menerima berlian kehancuran…
Sesungguhnya dia lebih sempurna di matamu…


Statistik Kandungan
Penulisarchive(klik lihat profail)
Markah Undian-
Populariti1248
Tarikh2005-09-20

Sila Undi


Bookmark and Share

Since November 14th, 1996. All right reserved.Unauthorized duplication is a violation of applicable laws©+® 1996 - 2017 by AnjungCafe Sdn Bhd(Company No:632695 W).
No part of this web site and the "Anjung Cafe" name shall be reproduced, stored in a retrieval system, or transmitted by any means, electronic, mechanical, photocopying, recording, or otherwise, without written permission from AnjungCafe Sdn Bhd. (Company No:632695 W).