Buy Domain at RM40 /year . Hosting at RM10/ year.
Beli hosting, bina laman blog & buat duit!
Get Credit Cash Back 10% at AnjungCafe Hosting  

AnjungCafe.com
 
SMS_Chat Make Money On The Net My_AC Email Iklan Kenalan Who's?|chat

baju hadiah Menangi baju AnjungCafe pada setiap minggu dengan menghantar karya-karya anda kepada kami. Lihat syarat-syarat penyertaan.

Sajak
 
Muka Depan Sajak | Hantar idea kreatif anda ke Sajak

kita, dunia islam?

by DAENG MAHARI on January 31, 19100 at 07:10:14:



kita, dunia islam?


 
sedang tekun sang semut mengangkut belalang
yang tewas oleh muafakat si kerdil,
aku mengenangkan saudara-saudara ku,
Chencen,Ambon,Bosnia,Palestin,Kashmir,
Aceh,Mindanou,Maluku,Iraq,Jordan,
Afghanestan dan di benua Afrika.

dalam derita mereka,kita ketawa kekenyangan,
memboroikan perut masing-masing.
dalam gah kita dengan Mig29N,
F18 Hornet dan entah apa-apa lagi yang berbillion ringgit,
saudara kita berpelurukan batu bersenapangkan kayu,
dimamah berkeping-keping oleh meriam katak dan periuk api yang usang.
sedang aayik kita mengayakan baju baru,
mereka anak-anak kecil,berpakaian serba putih
bertompok merah dan berlandir hanyir.
selesa kaki bersepatu baru cap buaya,
remaja di sana berkaki ayam menghambat musuh.
aku bingung dengan kalian,dengan OIC
yang mahir berseminar,mengutuk,mencaci,
itu sahaja yang kalian reti.
lantas aku berwuduk
solat dua rakaat
aku sujud pada Illahi
memohon agar dapat bersama mereka
berjihad,insyaAllah.

Statistik Kandungan
Penulisarchive(klik lihat profail)
Markah Undian7.5
Populariti254
Tarikh2005-09-20

Sila Undi


Since November 14th, 1996. All right reserved. ©+® 1996 - 2008 by AnjungCafe Sdn Bhd(Company No:632695 W).
No part of this web site and the "Anjung Cafe" name shall be reproduced, stored in a retrieval system, or transmitted by any means, electronic, mechanical, photocopying, recording, or otherwise, without written permission from
AnjungCafe Sdn Bhd. (Company No:632695 W).

All Rights Reserved, Unauthorized duplication is a violation of applicable laws.