home of anjungcafe

AnjungCafe Klasik memamparkan koleksi kreatif sekitar tahun 1996 sehingga awal 2000.

Sertai AnjungCafe chat di Telegram. https://t.me/joinchat/AB9YzA9KxwphwE_ntG8alA

Menu:
 
Web www.anjungcafe.com

Sajak
 
Muka Depan Sajak | Hantar idea kreatif anda ke Sajak

Keliru - Buat Jebat99

by Najwa Anis on February 04, 19100 at 11:14:46:



Keliru - Buat Jebat99


Terkadang aku rasakan...
Hidup ini tidak adil,
Yang baik dihina,
Yang jahat dipuja,
Yang kaya sentiasa dihati,
Yang miskin terus dilupakan.

Apakah ini suatu kebetulan,
Atau...
Itu adalah sifat semulajadi manusia?!

Aku seperti insan lain,
Mungkin mengharap perhatian,
Tetapi... bukan simpati.

Aku tidak pernah jatuh pabila diuji,
Sebaliknya...
Aku semakin teguh berdiri,
Dan tabah menghadapinya,
Semangat bagaikan terus membara,
Cuma sikap manusia menjadikan aku terpinga.

Entah mengapa dendam bagaikan menyala,
Dalam diri mereka...
Tidak pernah puas dengan apa yang dimiliki,
Sentiasa berbalah sesama sendiri,
Mungkinkah ada keinsafan?
Buat mereka menghargai insan lain...


Statistik Kandungan
Penulisarchive(klik lihat profail)
Markah Undian-
Populariti1233
Tarikh2005-09-20

Sila Undi


Bookmark and Share

Since November 14th, 1996. All right reserved.Unauthorized duplication is a violation of applicable laws©+® 1996 - 2017 by AnjungCafe Sdn Bhd(Company No:632695 W).
No part of this web site and the "Anjung Cafe" name shall be reproduced, stored in a retrieval system, or transmitted by any means, electronic, mechanical, photocopying, recording, or otherwise, without written permission from AnjungCafe Sdn Bhd. (Company No:632695 W).