Buy Domain at RM40 /year . Hosting at RM10/ year.
Beli hosting, bina laman blog & buat duit!
Get Credit Cash Back 10% at AnjungCafe Hosting  

AnjungCafe.com
 
SMS_Chat Make Money On The Net My_AC Email Iklan Kenalan Who's?|chat

baju hadiah Menangi baju AnjungCafe pada setiap minggu dengan menghantar karya-karya anda kepada kami. Lihat syarat-syarat penyertaan.

Sajak
 
Muka Depan Sajak | Hantar idea kreatif anda ke Sajak

REFORMASI DI ALAM MELAYU.(ejmt)

by DAENG MAHARI on February 10, 19100 at 09:00:59:



REFORMASI DI ALAM MELAYU.(ejmt)


memang aku anak melayu
yang patuh pada raja
yang akur pada adat pusaka
kerana ini resam kami,anak melayu
pantang menderhaka pada raja
taat patuh tetap setia,
tapi hanya pada raja adil...
aku bersembah.
raja zalim,aku SANGGGAH!
kalau kau anak melayu,
pasti tahu sejarah lalu.
angkara apa penyebab laku
laksamana jebat dan Betan MENDERHAKA?

memang aku anak melayu,
menjadi adat,menjadi tabiat kami melayu
bersabar selalu walaupun mata berbulu,
bila di hina kami, orang melayu
menjadi pensyarah,pegawai tinggi
atas sebab simpati
atas alasan anak negeri,
bukan kelayakan akademi tinggi.
kami melayu hanya senyum,diam berapi.
lagi di kata,tiada pandai berniaga
hanya mahir bercerita,
"kunun" lebih Jenin dari si Jenin, kami;
di pandang rupa,mampu lagi kami tertawa
walaupun terasa merah muka.

tapi PANTANG KAMI ANAK MELAYU
mendengar nista dan umpat kata,
menghina nabi dan persenda ugama,
memandang hukum syariat beban belaka,
mentafsir mashaf mengkupas masnad
mengikut perut mengikut selera.

ingatlah, kami BANGSA MELAYU
bersabar kami pada perkara tertentu,
tapi sekali terluka hati kami
umat islam, bangsa melayu
akan bangkit Jebat dari makam berseru
AMOK!AMOK!AMOK!!!
pasti bergegar alam melayu.

aku bangga menjadi MELAYU-BANI TAMIM.
DAENG MAHARI....terus berREFORMASI.

Statistik Kandungan
Penulisarchive(klik lihat profail)
Markah Undian-
Populariti120
Tarikh2005-09-20

Sila Undi


Since November 14th, 1996. All right reserved. ©+® 1996 - 2008 by AnjungCafe Sdn Bhd(Company No:632695 W).
No part of this web site and the "Anjung Cafe" name shall be reproduced, stored in a retrieval system, or transmitted by any means, electronic, mechanical, photocopying, recording, or otherwise, without written permission from
AnjungCafe Sdn Bhd. (Company No:632695 W).

All Rights Reserved, Unauthorized duplication is a violation of applicable laws.