|
Sajak
Muka Depan Sajak |
Hantar idea kreatif anda ke
Sajak
SUARA AKU SUARA MALAYSIA. by DAENG MAHARI on February 16, 202000 at 06:06:10:
SUARA AKU SUARA MALAYSIA.
saudara ku, rakyat malaysia, aku hanya insan kerdil di sini, tanpa jasa tanpa budi, hanya rasa cinta dan bangga pada negara yang aku miliki, di sini di dalam hati. saudara ku, rakyat MALAYSIA. pedulikan sebentar dulu kini dan selamanya, pendamkan seketika teriak suara keadilan, perlahankan sekejab rentak penegak agama suci. redakan gelombang yang meribut ini dan lihatlah dengan mata hati,naluri. saudara kita di benua sana,di bumi kita. kerana apa celaka menimpa kalau bukan dahulu mereka...seperti kita. bercakar,mengigit,membakar. sesama anak beranak hanya kerana untuk merebut sebidang tanah pusaka,untuk mengkayakan diri sendiri. mencantas,membenam,memfitnah sesama bangsa hanya kerana mahu merasa di panggil Yang Berhormat,Dato' dan Tan Sri. dalam leka bertarung, berlaga. musuh mendekati dengan ketawa berdekah, memarakan api yang membara, meranapkan anak bangsa yang akhirnya menyerah... menjadi hamba di tanah sendiri. saudara ku, rakyat MALAYSIA ketepikan amarah mu,tenangkan akal itu dengarkan suara alam,dengarkan kicau burung, damaikan jiwa yang bergelora,mengelegak, bertuturlah dengan hijau rumput,kering kayu agar kau kenal kepul tanah ini, diri sendiri. kita asalnya hanya satu dan kembali pada yang satu jua, maka peganglah dengan kejab pada yang satu itu.
aku hanya rakyat biasa-daeng. pasti MALAYSIA kekal milik kita...bersama.
Statistik Kandungan
|
|