home of anjungcafe

AnjungCafe Klasik memamparkan koleksi kreatif sekitar tahun 1996 sehingga awal 2000.

Sertai AnjungCafe chat di Telegram. https://t.me/joinchat/AB9YzA9KxwphwE_ntG8alA

Menu:
 
Web www.anjungcafe.com

Sajak
 
Muka Depan Sajak | Hantar idea kreatif anda ke Sajak

PUJANGGA REFORMASI UNTUK EJMT:

by DAENG MAHARI on February 22, 202000 at 07:02:40:



PUJANGGA REFORMASI UNTUK EJMT:


 
tertawa aku melihat kedangkalan mu,
menyerlah sendiri
pekung di dada,
mengapa teman?
telatah mu menerbitkan simpati
dalam diri,bukan benci.
ehsan aku pada mu teman,
kerana gelap pekat melekat
di segenap rongga hati mu,
berkarat,mengaratkan.
tak mengapa teman
kalau engkau gembira mengata,
kami munafik,kami luncai dengan labunya.
kerana itu semua pakaian kalian
yang ingin di pakai di sarong pada kami,
hanya kelabu di mata mu teman.
mungkin engkau lupa,
luncai yang terjun dengan labunya
menipu pada pengawal raja yang dungu.
kesian kamu teman...
dan aku terus ketawa.......

lalu ketawa aku di sentap,
melihat pak jeneral bersyair pujangga
di mimbar Masjid Negara.
lantas berderai dekah ku.
"teman,jangan meludah ke langit"
dan terus ketawa dan ketawa dan ketawa dan ketawa dan ketawa dan ketawa.....

:EJMT; ideologi bukan diwujudkan untuk menghancurkan sesama bangsa tetapi untuk
mengimbangkan kuasa,menyempitkan nafsu naga,megenyangkan rakyat jelata. tapi sayang..
kita menggunakan ia untuk meruntuhkan tamadun sendiri.


Statistik Kandungan
Penulisarchive(klik lihat profail)
Markah Undian-
Populariti1183
Tarikh2005-09-20

Sila Undi


Bookmark and Share

Since November 14th, 1996. All right reserved.Unauthorized duplication is a violation of applicable laws©+® 1996 - 2017 by AnjungCafe Sdn Bhd(Company No:632695 W).
No part of this web site and the "Anjung Cafe" name shall be reproduced, stored in a retrieval system, or transmitted by any means, electronic, mechanical, photocopying, recording, or otherwise, without written permission from AnjungCafe Sdn Bhd. (Company No:632695 W).