by DAENG MAHARI on February 22, 202000 at 07:23:55:
LIPUR REFORMASI:EJMT
Dulu masa aku budak,asal sahaja mentari berlabuh,pasti melaung nama aku di panggil ibu.
"along! balik mandi,ngaji,". tapi aku buat tak reti, terus berlari menarik upih, di-
songsang adik pada aku, "along. mak suruh balik". dan jerkah aku hadiahkan. pulang mengadu sambil
tersedu adik aku. aku terus berlari menarik upih. di tengah leka ketawa bersama teman, bulu ayam berderap,
hinggap di belakang. berterabur kami, lintang-pukang pulang.
itu dahulu, tapi kini
giliran kami menyergah pada si tua,
pinta pulangkan kembali kerusi
yang telah lama di main sendiri.
telah lama kami bersopan meminta,
telah naik berbuih kami merayu
agar sedar akan diri...
dah tua dah senja.
tapi bukan bulu ayam yang diberi lagi,
bapak buluh di tepi sungai kami terima!
bagaimana lagi harus di buat?
adat mana lagi yang hendak di turut?
islam sendiri menyata:
"melihat kemungkaran lalu menegur di dalam hati,"
"adalah selemah-lemah iman."
maka aku mengangguk setuju bila
sasterawan memaki si tua
maka aku mengangguk setuju bila
penyair menghina si bangka
maka aku mengangguk setuju bila
pemandu teksi melekat poster parti
maka aku mengangguk setuju bila
pelajar menyorak si ampu
maka aku tertawa bila teringat kisah dahulu
"saya akan berundur bila rakyat sudah tidak mahu saya lagi"
maka aku akan mengangguk setuju, bila
BILA MASA KALIAN MENGELENG KEPALA.
DAENG tetap Dulu Kini dan Selamanya berReformasi.
Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!