home of anjungcafe

AnjungCafe Klasik memamparkan koleksi kreatif sekitar tahun 1996 sehingga awal 2000.

Sertai AnjungCafe chat di Telegram. https://t.me/joinchat/AB9YzA9KxwphwE_ntG8alA

Menu:
 
Web www.anjungcafe.com

Sajak
 
Muka Depan Sajak | Hantar idea kreatif anda ke Sajak

Kedhaifan

by MaWaRmErA on February 26, 202000 at 11:11:32:



Kedhaifan


Ma Rabbuka
Soalan yang pertama
Mulut terkunci
Tangan terkaku
Tiada bergerak
Tanpa Iradat Mu
Jawablah bagi pihakku
Wahai amalan jariah
Namun tetap tak berdaya
Aku insan kerdil
Aku tak mampu bersuara

Ma Rabbuka
Soalan diajukan lagi
Terasa gerun dengan tempikan
Yang bergema memecah alam
Renungan matanya
Menusuk ke pelusuk hati
Ingin ku lari
Namun kaki terikat rapi

Ma Rabbuka
Jawapan tetap tiada
Di angkat tangannya tinggi
Terlihat rantaian besi
Bakal merempuhi diri ini
Ya Allah!
Ampuni dosaku
Aku tak berdaya

Ma Rabbuka .....
Ingin ku jerit lagi
Tatkala hayunan besi
Merapati diri
Allah!!!
Tersedarku dari mimpi
Bersama rintikkan
Peluh keinsafan
Yang menyelubungi diri


(tiada yang kekal selain ALLAH)

*wardatul hamra'*

 

Statistik Kandungan
Penulisarchive(klik lihat profail)
Markah Undian-
Populariti1325
Tarikh2005-09-20

Sila Undi


Bookmark and Share

Since November 14th, 1996. All right reserved.Unauthorized duplication is a violation of applicable laws©+® 1996 - 2017 by AnjungCafe Sdn Bhd(Company No:632695 W).
No part of this web site and the "Anjung Cafe" name shall be reproduced, stored in a retrieval system, or transmitted by any means, electronic, mechanical, photocopying, recording, or otherwise, without written permission from AnjungCafe Sdn Bhd. (Company No:632695 W).