Buy Domain at RM40 /year . Hosting at RM10/ year.
Beli hosting, bina laman blog & buat duit!
Get Credit Cash Back 10% at AnjungCafe Hosting  

AnjungCafe.com
 
SMS_Chat Make Money On The Net My_AC Email Iklan Kenalan Who's?|chat

baju hadiah Menangi baju AnjungCafe pada setiap minggu dengan menghantar karya-karya anda kepada kami. Lihat syarat-syarat penyertaan.

Sajak
 
Muka Depan Sajak | Hantar idea kreatif anda ke Sajak

Kejayaan Milikmu

by AndalusiA on March 27, 2000 at 23:34:20:



Kejayaan Milikmu


Perjalanan yang disusuri
Penuh ranjau dan duri
Onak yang berliku
Harus ditempuhi

Inilah adat dunia
Susah pastikan bertemu senang
Andai sanggup menghadapi
Dirimu tidak akan rugi

Jangan dikeluh
Jangan difikir
Ianya pasti terjadi
Tak mungkin dapat dielak lagi

Pintaku padamu
Agar perjuangan murni ini
Tidak berhenti di sini
Pastikan kau mampu atasi

Ingat pepatah lama
Yang tak lapuk dek masa
Tak tenggelam dek zaman
Tak pupus dek bahasa

'Alang-alang menyeluk pekasam
Biar sampai ke pangkal lengan
Sekali bara digenggam
Biar sampai menjadi abu'

Semoga kau akan berjaya
Dan terus berjaya selamanya
Tekadkan di dalam diri
Kejayaan adalah milikmu yang ABADI ....


*Buat teman yang menjalani peperiksaan*
'Semoga berjaya dan terus berjaya...'

wardatul hamra' 

Statistik Kandungan
Penulisarchive(klik lihat profail)
Markah Undian-
Populariti212
Tarikh2005-09-20

Sila Undi


Since November 14th, 1996. All right reserved. ©+® 1996 - 2008 by AnjungCafe Sdn Bhd(Company No:632695 W).
No part of this web site and the "Anjung Cafe" name shall be reproduced, stored in a retrieval system, or transmitted by any means, electronic, mechanical, photocopying, recording, or otherwise, without written permission from
AnjungCafe Sdn Bhd. (Company No:632695 W).

All Rights Reserved, Unauthorized duplication is a violation of applicable laws.