Buy Domain at RM40 /year . Hosting at RM10/ year.
Beli hosting, bina laman blog & buat duit!
Get Credit Cash Back 10% at AnjungCafe Hosting  

AnjungCafe.com
 
SMS_Chat Make Money On The Net My_AC Email Iklan Kenalan Who's?|chat

baju hadiah Menangi baju AnjungCafe pada setiap minggu dengan menghantar karya-karya anda kepada kami. Lihat syarat-syarat penyertaan.

Sajak
 
Muka Depan Sajak | Hantar idea kreatif anda ke Sajak

Kerana Cinta adalah Sabdu yabng Hakiki

by for_the_live_of_lilys@hotmail.com on March 30, 2000 at 19:41:26:



Kerana Cinta adalah Sabdu yabng Hakiki


 
'Kerana cinta adalah sabdu yang hakiki'

seribu lapan ratus enam puluh sembilan hari
sejauh bumi dan matahari
meniti dalam satu penjajahan
rindu menakluk setiap inci kemanusiaan ku
dimanakah engkau akan berteduh di kala ini
di kala setiap butir hujan yang tumpah itu
adalah salam dan cintaku
adalah kasih sayang dan redhaku
dan kalau engkau tunggu ia reda sekalipun
walau seribu lapan ratus enam puluh sembilan hari lagi
merentas mimpi dalam kehidupan
mencari
Paksi yang selari dalam cinta ini
esok pasti rindu ini akan basah lagi
dan hujan lagi
selagi hati didakap hakikat
selagi bibir bertaut pada nama mu
dalam gelora ibarat resah orang berkasih
bergemuruh dan gentar sehebat mana pun
walau bergegar dan runtuh langit dan bumi
dalam deraian airmatamu
lumrah aku seorang adam
kan pasti bertelut di hadapan tulang rusuk ku
yang hilang hanya untuk diketemukan
di dalam diri seorang perempuan
dan diikat sabdu dengan sulaman cinta
untuk sepanjang hayatku
dalam satu simpulan mati
kerana cinta adalah sabdu yang hakiki


Statistik Kandungan
Penulisarchive(klik lihat profail)
Markah Undian-
Populariti119
Tarikh2005-09-20

Sila Undi


Since November 14th, 1996. All right reserved. ©+® 1996 - 2008 by AnjungCafe Sdn Bhd(Company No:632695 W).
No part of this web site and the "Anjung Cafe" name shall be reproduced, stored in a retrieval system, or transmitted by any means, electronic, mechanical, photocopying, recording, or otherwise, without written permission from
AnjungCafe Sdn Bhd. (Company No:632695 W).

All Rights Reserved, Unauthorized duplication is a violation of applicable laws.