home of anjungcafe

AnjungCafe Klasik memamparkan koleksi kreatif sekitar tahun 1996 sehingga awal 2000.

Sertai AnjungCafe chat di Telegram. https://t.me/joinchat/AB9YzA9KxwphwE_ntG8alA

Menu:
 
Web www.anjungcafe.com

Sajak
 
Muka Depan Sajak | Hantar idea kreatif anda ke Sajak

Kita Ini Masih Nomad

by Ibnuamir al-Pendangi on April 07, 2000 at 04:06:37:



Kita Ini Masih Nomad


Kita ini masih nomad,
Perjuangan kita gunakan tangan,
Dan bukannya akal fikiran,
Tingkah laku rakus ikut hawa nafsu,
Umpama umat jakun di Zaman Batu,
Dustur dan kalam tuhan jadi hiasan,
Dan kekuatan itu tiada digunakan.

Kita ini masih nomad,
Apabila bunyi gegaran pidatonya,
Bersemarak api bernyala-nyala,
Berdegar gegak gempita menjelang pilihanraya,
Namun rakyat bawahan tetap menderita.

Kita ini masih nomad,
Bila fatwa Malay Dilemma banyak yang silap,
Orang Melayu sudah tidak gemarkan amuk,
Kerana ISA adalah universiti kedua (penjara),
Bagi orang biasa dan orang banyak,
Dan AUKU memenjarakan mahasiswa,
Dalam bertindak.

Kita ini masih nomad,
Tak macam Melayu zaman silam,
Semangat Melayu zaman 1946,
Bila kuasa sultan diturunkan,
Melalui Malayan Union agenda British setan,
Orang Melayu riuh ke depan.

Kita ini masih nomad,
Bila sultan jadi boneka,
Bukan salah Almarhum Burhanuddin al-Helmy,
Bila institusi kesultanan mahu dikuburkan,
Kerana duli tuanku tak mampu berbuat apa,
Bila memorandum sudah diserahkan,
Kerana kuasa mengubah perlembagaan,
Sudah ada di tangan Mamak Bendahara.

Kita ini masih nomad,
Bila kita buta perlembagaan insan,
Bila kita lupakan dustur tuhan,
Bila kita lekakan sejarah umat yang nisyan,
Bila kita mula alpakan perjuangan,
Demi menuntut Kemerdekaan Dua (al-Hurriyyat at-Thani),
Serta Kemuliaan Insan (Karamah Insaniyyah),
Demi perjuangan menuntut kebenaran dan keadilan.

Ibnuamir al-Pendangi




Statistik Kandungan
Penulisarchive(klik lihat profail)
Markah Undian-
Populariti1028
Tarikh2005-09-20

Sila Undi


Bookmark and Share

Since November 14th, 1996. All right reserved.Unauthorized duplication is a violation of applicable laws©+® 1996 - 2017 by AnjungCafe Sdn Bhd(Company No:632695 W).
No part of this web site and the "Anjung Cafe" name shall be reproduced, stored in a retrieval system, or transmitted by any means, electronic, mechanical, photocopying, recording, or otherwise, without written permission from AnjungCafe Sdn Bhd. (Company No:632695 W).