home of anjungcafe

AnjungCafe Klasik memamparkan koleksi kreatif sekitar tahun 1996 sehingga awal 2000.

Menu:
 
Web www.anjungcafe.com

Sajak
 
Muka Depan Sajak | Hantar idea kreatif anda ke Sajak

Destini

by Blue Worn Cowboy on April 10, 2000 at 00:17:50:



Destini


Destini
satu perjalanan menuju destinasi
dari mana dan ke mana
selalu dilupa

Destini
asal mulia kian hina
perjalanan suci disalah erti
Antara dosa dan noda
antara bodoh dan kebodohan
antara lalai dan alpa

Detik bermula
diberi secebis kain
seputih sebersih kapas
dilakar dan dicorak
mengikut bentak hati
mengikut nafsu syaitan
mengikut kewarasan iman
mengikut landasan Ad din

Perjalanan semakin hampir
tapi kita selalu leka
umpama hidup tiada penghujungya
sedarlah wahai anak Adam
al Asri itu satu pesan
jadikan ia panduan
agar hidup dirahmati Tuhan

Bersama kita lalui
jalan penuh duri ini
mencari cahaya keberkatan Ilahi
pasti Tuhan sentiasa di hati

amin


blue worn cowboy



Statistik Kandungan
Penulisarchive(klik lihat profail)
Markah Undian-
Populariti969
Tarikh2005-09-20

Sila Undi


Bookmark and Share

Since November 14th, 1996. All right reserved.Unauthorized duplication is a violation of applicable laws©+® 1996 - 2017 by AnjungCafe Sdn Bhd(Company No:632695 W).
No part of this web site and the "Anjung Cafe" name shall be reproduced, stored in a retrieval system, or transmitted by any means, electronic, mechanical, photocopying, recording, or otherwise, without written permission from AnjungCafe Sdn Bhd. (Company No:632695 W).