Buy Domain at RM40 /year . Hosting at RM10/ year.
Beli hosting, bina laman blog & buat duit!
Get Credit Cash Back 10% at AnjungCafe Hosting  

AnjungCafe.com
 
SMS_Chat Make Money On The Net My_AC Email Iklan Kenalan Who's?|chat

baju hadiah Menangi baju AnjungCafe pada setiap minggu dengan menghantar karya-karya anda kepada kami. Lihat syarat-syarat penyertaan.

Sajak
 
Muka Depan Sajak | Hantar idea kreatif anda ke Sajak

Akulah perempuan itu......

by sirna on April 10, 2000 at 01:37:13:



Akulah perempuan itu......


Akulah perempuan itu...
Yang sejak kecilnya,
ketandusan kasih soerang lelaki bernama ayah,
Bukan tiada, namun kemesraan sukar dicari...

Akulah perempuan itu,
yang zaman remajanya,
berprinsipkan 'aku boleh hidup tanpa lelaki',
namun mampukah aku?

Akulah perempuan itu,
yang hipokrit terhadap prinsipnya,
maafkan aku wahai dunia,
kerana terlalu ego dengan pendirianku,
yang akhirnya memakan diriku sendiri.

Nyatanya akulah perempuan itu,
masih mentah untuk mengerti erti cinta,
dibuai indah dengan janjiČ manis,
seorang insan bernama lelaki.

Realitinya akulah perempuan itu,
yang tidak pandai memilih,
antara kaca atau permata,
antara nafsu atau akal,
antara jantan atau lelaki.

Akulah perempuan itu,
yang akhirnya menjadi mangsa,
pada seorang bernama jantan,
wahai,
kuharap kasih padamu,
kuharap kau pebimbingku,
namun kau punahkan harapanku,
kau musnahkan kehidupanku,
kau tinggalkan aku di lorong sepi,
setelah apa kau hajati tertunai.

Wahai dunia,
ketawalah kau sepuas hatimu,
melihat aku menerima padah,
bagaimana harus ku tentang mukamu dunia..
bagaimana harus kuhadapi waktu mendatang...

namun wahai lelaki,
jangan kau ingat perempuan itu lemah,
jangan kau ingat aku sudah tidak mampu berdiri,
jangan kau ingat aku sudah mati.
Mati? ya, mungkin aku sudah mati untuk insan seperti kau lelaki,
namun aku tidak mati untuk kehidupan,
akan kubuktikan padamu,
aku mampu menawan dunia,
walau duly aku pernah jatuh,
kini aku sudah bangkit,
walau tiada sokonganmu lelaki,
aku mampu berjaya,
kerana aku tahu,
akulah perempuan yang tabah itu...

Buat insan senasibku,
jangan kalian ingat hidup ini tiada gunanya,
bangkitlah...
buktikan pada mereka kita mampu berjaya,
biarpun satu dunia memandang hina...

Buat insan sejenisku,
berhatiČlah pada seorang bernama lelaki,
Manisnya mungkin mengalahkan madu,
namun pahitnya sudah pasti mengalahkan hempedu,
jangan kau terlalu percaya,
jangan kau terlalu bersandar
jangan kau terleka dengan kaum yang satu itu...

Padamu Ya Allah,
aku mohon berjuta keampunan,
moga masih ada ruang buatku,
moga pintu taubat masih terbuka,
buat diriku yang terlalu hina ini.

Buatmu lelaki,
dendamku masih belum terlerai........

Statistik Kandungan
Penulisarchive(klik lihat profail)
Markah Undian-
Populariti139
Tarikh2005-09-20

Sila Undi


Since November 14th, 1996. All right reserved. ©+® 1996 - 2008 by AnjungCafe Sdn Bhd(Company No:632695 W).
No part of this web site and the "Anjung Cafe" name shall be reproduced, stored in a retrieval system, or transmitted by any means, electronic, mechanical, photocopying, recording, or otherwise, without written permission from
AnjungCafe Sdn Bhd. (Company No:632695 W).

All Rights Reserved, Unauthorized duplication is a violation of applicable laws.