|
Cerita Pelik, Hantu & Misteri
Muka Depan Cerita Pelik, Hantu & Misteri |
Hantar idea kreatif anda ke
Cerita Pelik, Hantu & Misteri
Manusia beradik-beradik Buaya Ini adalah salah satu kisah benar pada segi cerita yang berlaku di Kelantan pada suatu ketika dahulu.
Al-kisah di takdirkan pada satu keluarga di sebuah kampung di Kelantan, mereka telah dikurniakan anak kembar. Yang abgnya dilahirkan sebagai buaya dan si adik adalah manusia.
Setelah si abg sudah membesar maka diletakkan di tepi sungai yang berhampiran dgn rumah. Pada tiap kali iubunya memberi susu pada adik maka ibunya juga memerah susu untuk dihantar pada kali sungai untuk si abg.
Diceritakan pada setiap hari setelah si adik bersekolah, si abang senantiasa menunggu si adik di perahu di waktu pagi. Si ibu membawa adik dan si abanglah akan menolak perahu dgn mucungnya sehingalah sampai ke seberang . Begitulah peristiwa ini berlaku pada tiap2 hari.Sehinggakan buaya putih ini dikenali ramai oleh orang2 kampung di situ.
Pada suatu hari, si adik telah bermimpi. Di dalam mimpinya ianya telah bertemu dgn si abang dan abagnya telah membawa berjalan2.
Adiknya merasakan mimpi itu benar, maka pada suatu hari si adik ini telah menaiki badan si abg. Tetiba si buaya ini menyelam ke dasar sungai.
Di dasar sungai mempunyai satu pintu gua. Adik ini dapat bernafas kerana pintu gua itu mempunyai udara di dalam dan beliau telah dapat melihat abgnya menjadi manusia semula.
Si adik mendapati bahawa ramai golongan manusia seperti abangnya. Setelah sehari berada di situ, Raja di kalangan golongan manusia buaya ini telah memberikan hadiah emas yang banyak sebagai bukti bahawa dunia itu adalah benar.
Setelah itu abangnya menghantar pulang maka riuh rendah penduduk kampung melihat emas permata dan mendengar cerita dari si adik ini.
Seperi biasa hidup mereka senantiasa bertemu di sampan tempat si adiknya menunggu untuk ke seberang bagi menghadiri persekolahan. Sehinggakana emaknya tidak perlu lagi bertemankan si adik ini.
Setelah Kelantan di landa banjir besar yag juga dikenali dgn nama banjir merah, buaya putih ini telah hilang buat selama2nya. Sesetengah mengatakan dia telah meninggal dunia dan sesetengah ada juga mengatakan beliau telah kembali ke dunianya.
Begitulah cerita, walaupun ebenaranya masih lagi samar namum setiap makhluk mempunyai sifat kasih sayang abadi.
Statistik Kandungan
|
|