Buy Domain at RM40 /year . Hosting at RM10/ year.
Beli hosting, bina laman blog & buat duit!
Get Credit Cash Back 10% at AnjungCafe Hosting  

AnjungCafe.com
 
SMS_Chat Make Money On The Net My_AC Email Iklan Kenalan Who's?|chat

baju hadiah Menangi baju AnjungCafe pada setiap minggu dengan menghantar karya-karya anda kepada kami. Lihat syarat-syarat penyertaan.

Sajak
 
Muka Depan Sajak | Hantar idea kreatif anda ke Sajak

Surat Bonda

by Miza RH on April 15, 2000 at 14:42:39:



Surat Bonda



Suatu pagi di daerah ini,
Kuterima surat dari kalam bonda,
Dalam bahasa serba ringkas,
Bonda berkata;

Anakanda, jantung hati bonda,
Kaususurilah jalan hidupmu sendirian,
Kerana bonda sudah tidak bisa bantu,
Dunia anakanda jauh dari mata bonda.

Sedetik, air mata sudah membasahi pipi,
Kata bonda lagi;

Anakanda,
Usah siakan ruang masa,
Nanti anakanda kerugian,
Tuntutlah ilmu semahu anakanda,
Jangan hancurkan harapan bonda.

Surat yang kembang dakwatnya,
Mungkin kerana manik sejuk bonda,
Kuselak ke halaman kedua,
Bonda berkata;

Anakanda tidak punyai sesiapa,
Melainkan bonda yang jauh,
Jangan pula anakanda lupa,
Kita orang papa,
Tangis kita tiada yang dengar,
Keluh kita tiada yang rasa.

Bonda,
Sambutlah kepulanganku,
Pasti akan kaukecapi kegembiraan,
Kerana tidak akan kukembali,
Tanpa menggenggam kejayaan.
 

Statistik Kandungan
Penulisarchive(klik lihat profail)
Markah Undian9
Populariti121
Tarikh2005-09-20

Sila Undi


Since November 14th, 1996. All right reserved. ©+® 1996 - 2008 by AnjungCafe Sdn Bhd(Company No:632695 W).
No part of this web site and the "Anjung Cafe" name shall be reproduced, stored in a retrieval system, or transmitted by any means, electronic, mechanical, photocopying, recording, or otherwise, without written permission from
AnjungCafe Sdn Bhd. (Company No:632695 W).

All Rights Reserved, Unauthorized duplication is a violation of applicable laws.