Buy Domain at RM40 /year . Hosting at RM10/ year.
Beli hosting, bina laman blog & buat duit!
Get Credit Cash Back 10% at AnjungCafe Hosting  

AnjungCafe.com
 
SMS_Chat Make Money On The Net My_AC Email Iklan Kenalan Who's?|chat

baju hadiah Menangi baju AnjungCafe pada setiap minggu dengan menghantar karya-karya anda kepada kami. Lihat syarat-syarat penyertaan.

Sajak
 
Muka Depan Sajak | Hantar idea kreatif anda ke Sajak

Berakhirnya..

by Sendiri on April 16, 2000 at 01:52:30:



Berakhirnya..


 Berakhirnya.....
satu rindu yang membara,
satu cinta yang bertunas,
satu impian yang berputik,
hilang lenyap begitu sahaja.

Rindu pada yang tak sudi,
cinta yang tiada kesampaian,
impian yang terkubur musnah,
itulah berakhirnya suatu ceritera,
dikarang dicipta diri sendiri.

Puteri yang teristimewa,
tiada pasti melakar keputusan,
takut bisa tenggelam,
hanyut dikhayalan cinta ini,
sedangkan,
cinta ini bukannya cinta kosong,
bukannya sekadar bermain-main,
tetapi bermatlamat jauh hadapan.

Aku jua yang karam,
dilanda gelombang kecewa,
duka lagi datang menyapa,
saat indah sebentar cuma,
lalu pergi entah kemana.

Inilah yang sudah tersurat,
aku pasrah segala ketentuanNya,
tetap menerimanya,
walau sekeping hati yang berparut,
kembali terluka buat kesekalian kalinya,
beginilah berakhirnya.....




Statistik Kandungan
Penulisarchive(klik lihat profail)
Markah Undian-
Populariti185
Tarikh2005-09-20

Sila Undi


Since November 14th, 1996. All right reserved. ©+® 1996 - 2008 by AnjungCafe Sdn Bhd(Company No:632695 W).
No part of this web site and the "Anjung Cafe" name shall be reproduced, stored in a retrieval system, or transmitted by any means, electronic, mechanical, photocopying, recording, or otherwise, without written permission from
AnjungCafe Sdn Bhd. (Company No:632695 W).

All Rights Reserved, Unauthorized duplication is a violation of applicable laws.