Buy Domain at RM40 /year . Hosting at RM10/ year.
Beli hosting, bina laman blog & buat duit!
Get Credit Cash Back 10% at AnjungCafe Hosting  

AnjungCafe.com
 
SMS_Chat Make Money On The Net My_AC Email Iklan Kenalan Who's?|chat

baju hadiah Menangi baju AnjungCafe pada setiap minggu dengan menghantar karya-karya anda kepada kami. Lihat syarat-syarat penyertaan.

Sajak
 
Muka Depan Sajak | Hantar idea kreatif anda ke Sajak

Bapanya II

by AsfizaL on April 27, 2000 at 01:27:11:



Bapanya II


Bapanya seorang politikus,
Cari projek sungguh rakus,
Amal nepotisme untuk keluarga,
Biar semua kaya,
Semua bahagia,
Bapanya tersenyum bangga

Bapanya ada banyak kuli,
Yang sudi jadi abdi bagai zombi,
Sanggup jadi guli-guli,
Dibaling-baling ke sana kemari,
Disuruh angguk dia mengangguk,
Asal duit masuk ke mangkuk,
Disuruh geleng,
Dia menggeleng,
Takut-takut kena tempeleng,
Harta melayang kecewa menonggeng

Bapanya ada banyak kroni,
Buat projek mega untuk anak bini,
Mulut bapanya gah berkata:
"Ini projek, rakyat punya,
kita bantu sahaja"
Namun itu hanya kata-kata
Yang Berkuasa cuma,
Wang rakyat diperah kering,
Bantu bisness anak yang tengah genting,
Bila selesai kepala Bapanya pening,
Tabung rakyat tinggal dua tiga sen,
Aduh! bapanya bingung tiada sen

Bapanya buat projek baru,
Kononnya untuk ekonomi alaf baru,
Duit dipusing kian haru-biru,
Tapi kata Bapanya:
"Don't worry people, ekonomi kita nombor satu"
Tapi sebenarnya duit dibeku,
Duit negara dibahagi sesama mereka,
Yang lebih rakyat punya,
Bapanya tersenyum gembira,
Harta kian berbunga-bunga,
Rakyat jelata itu lain kira,

Bapanya seorang politikus,
Tentang hal dunia dia sungguh rakus,
Bicara tentang kemanusiaan dipandang enteng,
Khutbah tentang moraliti dan humaniti lagi iseng,
Bapanya kian alpa,
Dunia dikejar dia ternganga,
Termegah-megah pada manusia,
Bahawa dialah simbol manusia berjaya,
Bapanya kian lupa,
Usia tidak akan muda,
Kubur menanti dengan rela,
Akhirat apa berita?



Statistik Kandungan
Penulisarchive(klik lihat profail)
Markah Undian10
Populariti149
Tarikh2005-09-20

Sila Undi


Since November 14th, 1996. All right reserved. ©+® 1996 - 2008 by AnjungCafe Sdn Bhd(Company No:632695 W).
No part of this web site and the "Anjung Cafe" name shall be reproduced, stored in a retrieval system, or transmitted by any means, electronic, mechanical, photocopying, recording, or otherwise, without written permission from
AnjungCafe Sdn Bhd. (Company No:632695 W).

All Rights Reserved, Unauthorized duplication is a violation of applicable laws.