home of anjungcafe

AnjungCafe Klasik memamparkan koleksi kreatif sekitar tahun 1996 sehingga awal 2000.

Sertai AnjungCafe chat di Telegram. https://t.me/joinchat/AB9YzA9KxwphwE_ntG8alA

Menu:
 
Web www.anjungcafe.com

Sajak
 
Muka Depan Sajak | Hantar idea kreatif anda ke Sajak

Dimana hilangnya camarku (buat Farahanim)

by Sad Ejmt on May 12, 2000 at 02:01:43:



Dimana hilangnya camarku (buat Farahanim)


Terbang camar terbang
hinggaplah sebentar
seteguk air dikala dahaga
walau jauh walau dekat
hinggaplah sebentar cuma

walau bukan saudara
walau tidak mengenal sesiapa
kita masih pemerhati alam
bernaung dilangit yang sama

Kalau pulangmu nanti
tidak mengenal sesiapa
cukuplah sekadar menyapa
kita masih dialam nyata

usahlah menyepi membawa diri,
patah sayapmu, walau terbakarpun jua,
kau masih saudaraku dimana-mana

dimanapun hilangmu camar
disini aku masih menunggu
berteduhlah,dipohon ribun
bernama saudara,

usahlah kau ragu

usahlah kau khuatir
kata dan janji ini
tidak akan mungkir...

SAd Ejmt
p/s mencari camar yang hilang.


Statistik Kandungan
Penulisarchive(klik lihat profail)
Markah Undian-
Populariti1100
Tarikh2005-09-20

Sila Undi


Bookmark and Share

Since November 14th, 1996. All right reserved.Unauthorized duplication is a violation of applicable laws©+® 1996 - 2017 by AnjungCafe Sdn Bhd(Company No:632695 W).
No part of this web site and the "Anjung Cafe" name shall be reproduced, stored in a retrieval system, or transmitted by any means, electronic, mechanical, photocopying, recording, or otherwise, without written permission from AnjungCafe Sdn Bhd. (Company No:632695 W).