home of anjungcafe

AnjungCafe Klasik memamparkan koleksi kreatif sekitar tahun 1996 sehingga awal 2000.

Sertai AnjungCafe chat di Telegram. https://t.me/joinchat/AB9YzA9KxwphwE_ntG8alA

Menu:
 
Web www.anjungcafe.com

Sajak
 
Muka Depan Sajak | Hantar idea kreatif anda ke Sajak

BICARA ULAT DARI LIANG LAHAD

by KeLANA AKiRA on May 21, 2000 at 23:23:32:



BICARA ULAT DARI LIANG LAHAD


Hey manusia di ranjang dunia
bangkitlah dari lena yang panjang
sebelum datang yang lima
sebelum pergi yang lima 
Hey manusia di pembaringan
mata mencerlung mulut melopong
di pintu kau hadir di pintu itu kau pulang
adakah satir telah termungkir
atau janji sudah hilang
Dengarlah bacaan Yassin demi Yassin
lafaz kalimah Tuhan ke telingamu
kau tercungap tidak terucap
Syakaratulmaut makin dekat
kau bertaut di hujung maut
berpisah suara dari lidah
raung panjang nyawamu
dalam diam sengsara berjela
disentak roh dari jasad
bagai ditetak 300 belah
pedang maha tajam
tinggal badan bersendirian.
Hey manusia di dalam keranda
kau terusung mengeletar
membusung dada bergetar,
roh tiada nyawa tiada
hanya tinggal jasad bertemankan
kain kafan berikat lima,
ke liang lahad tak lepas berbahas
segala kemungkinan sengsara gelap
alam pusara penantian panjang yang seksa
sesungguhnya kubur
terminal akhir dunia terminal awal akhirat
walau diperut buaya meskipun
di perut harimau
Barzakh tetap tiba.
Marabbuka
beribu soal berjuta tanya
kiri kakan tiada hentinya
adakah ular dan ulat memamah jasad
atau Nukar dan Nakir menyebat jasad
apakah seimbang selepas di Mizan
bertemukah Sirrat titiannya selamat
dapatkah dirimu mnerima syafaat
akan terjawab pangkal dan soal
Yaumal Mahsyar penghujung mahkamah Maha Agung
terimalah nyata dan rela bila seluruh anggota
jasadmu bijak berbicara
dihadapan Maha Pencipta
Syurga dan Neraka sehasta dari amalanmu.




Statistik Kandungan
Penulisarchive(klik lihat profail)
Markah Undian-
Populariti1165
Tarikh2005-09-20

Sila Undi


Bookmark and Share

Since November 14th, 1996. All right reserved.Unauthorized duplication is a violation of applicable laws©+® 1996 - 2017 by AnjungCafe Sdn Bhd(Company No:632695 W).
No part of this web site and the "Anjung Cafe" name shall be reproduced, stored in a retrieval system, or transmitted by any means, electronic, mechanical, photocopying, recording, or otherwise, without written permission from AnjungCafe Sdn Bhd. (Company No:632695 W).