Buy Domain at RM40 /year . Hosting at RM10/ year.
Beli hosting, bina laman blog & buat duit!
Get Credit Cash Back 10% at AnjungCafe Hosting  

AnjungCafe.com
 
SMS_Chat Make Money On The Net My_AC Email Iklan Kenalan Who's?|chat

baju hadiah Menangi baju AnjungCafe pada setiap minggu dengan menghantar karya-karya anda kepada kami. Lihat syarat-syarat penyertaan.

Sajak
 
Muka Depan Sajak | Hantar idea kreatif anda ke Sajak

Episod Di Perhentian

by zawary on May 28, 2000 at 19:35:14:



Episod Di Perhentian


 
cinta apakah itu
yang kian mekar di hati
lantas memutik rasa kasih
lalu apakah lagi alasan
untuk kau berkata kasih

mungkin ragu
kain menjerat diikatan perasaan
tersimpul untuk menjadi
sebab untuk
kau terus diam
namun diam itu menjadi pelbagai tekaan
dan aku kurang pandai dalam meneka hati
seorang perempuan
seperti kau yang hanya tersenyum
dan saling memandang

aku tak tahu
mungkin aku juga masih ragu
dalam memula bicara
dan kau perempuan
membuat aku terus dilema

cinta
apakah itu
di jendela bas intrakota
kau terus tersenyum
aku masih berdiri di platform perhentian sogo
sambil mengenggam Malay Mail
dan hujan mula turun renyai-renyai
hati ku basah
namun kering
bila asap teksi menerjah hidungku

oklah
selamat tinggal perempuan
yang mungkin akukan jumpa lagi
kan takdir itu
penentu segalanya....

dan cinta ini
belum milik sesiapa....

Statistik Kandungan
Penulisarchive(klik lihat profail)
Markah Undian-
Populariti131
Tarikh2005-09-20

Sila Undi


Since November 14th, 1996. All right reserved. ©+® 1996 - 2008 by AnjungCafe Sdn Bhd(Company No:632695 W).
No part of this web site and the "Anjung Cafe" name shall be reproduced, stored in a retrieval system, or transmitted by any means, electronic, mechanical, photocopying, recording, or otherwise, without written permission from
AnjungCafe Sdn Bhd. (Company No:632695 W).

All Rights Reserved, Unauthorized duplication is a violation of applicable laws.