by cepukkang on May 29, 2000 at 08:21:12:
-Satu Arah Kerana Tamparan Estremadura-
salamzku pd tanjung algeciras..
dr kejauhan Rio barbate..
terpancar satu sinaran syahdu
terang-terangan memanggilku
senyum dibawah lindungan pang5 tariQ
seraya melambai-lambai
agar perjalananku dipercepatkan
maaf!
lautan gibraltar terlalu luas
tak terdaya menempuh arus selat itu
keheningan terpancar sudah
gilbratar semakin jauh ditinggalkan
angin laut..menikam tulang putih
menggeletar dipergigian almeria
namun ianya cuma seketika
bila mentari naik memancar haba
sayup²sierra navada
gah mengganas menunjuk sengat
aku senyum tanda keletihan
namun..
kerana tamparan estremadura
aku bangkit bersemangat
aku perlu hidup!
hidup perlu berjuang!
jgn halang jlnku visigoth
takut kau mati kerna amukku
jauhi bandar toledo
disana kejatuhanmu
pergilah kau ker talavera
kerana disana hidup matimu
mendongak dagu..
melihat ciptaan ALLAH
mengenang kembali tamparan estremadura
kerana tamparan itu..
aku sedar dr kekecewaan jiwa
hidup ini satu rahmat
mati itu satu hakikat
takdir ini satu peringatan
bertafakur itu satu ketenangan
pamplona,gerona ,narbone..
tunggu kedatanganku
kerana ...
aku ingin mencari makna
satu tamparan estremadura di daerahmu..
hmm hukum alam....
*arri arriNa*
11.20pm
29/5/00