home of anjungcafe

AnjungCafe Klasik memamparkan koleksi kreatif sekitar tahun 1996 sehingga awal 2000.

Sertai AnjungCafe chat di Telegram. https://t.me/joinchat/AB9YzA9KxwphwE_ntG8alA

Menu:
 
Web www.anjungcafe.com

Sajak
 
Muka Depan Sajak | Hantar idea kreatif anda ke Sajak

Entah aper-aper ntah.....

by Tiruk on June 06, 2000 at 18:24:12:



Entah aper-aper ntah.....


Biasaklah aku tak reti sajak...tapi aku terjumpa benda nih kat ghumah aku..entah bila aku tulih pon aku tak tau...ahaks...


Ini hidupku...
Tiada daya maupun upaya
Menghamba kasih pada keluarga tercinta
Selagi hayat di kandung badan dan terdaya

Apalah ertinya hidup ini
Jika tiada perjuangan diri
Aku hanya ingin mengubah nasib diri
Akhirnya terjerat sendiri

Sudah lama ku berfikir
Mencari-cari jalan akhir
Fikiran buntu tiada hendak di fikir
Aku karam di dunia yang tiada akhir

Aku takut dan curiga setiap saat ku berfikir
Apakah kemungkinan hidup ini terlalu rahsia
Apa perlukah ku berfikir....
Atau patutkah ku terima segalanya setiap saat maupun masa

Hati ku kini semakin jitu
Aku mulai menerima takdir
Semuanya tertulis di situ
Aku harus mengharungi dan menerima segala takdir

Apakah ini di namakan pengdewasaan
Dimana setiap manusia mulai menerima kenyataan dan realiti
Aku perlu lebih berani melalui proses pengdewassan
Aku juga perlu lebih bersedia menerima realiti

Akhir kata...
Hidup kita hidup insan
Harus menerima dan memberi
Menerima tanpa memberi bukanlah sifat insan
Apalah ruginya jika memberi....

Tiruk
 

Statistik Kandungan
Penulisarchive(klik lihat profail)
Markah Undian-
Populariti931
Tarikh2005-09-20

Sila Undi


Bookmark and Share

Since November 14th, 1996. All right reserved.Unauthorized duplication is a violation of applicable laws©+® 1996 - 2017 by AnjungCafe Sdn Bhd(Company No:632695 W).
No part of this web site and the "Anjung Cafe" name shall be reproduced, stored in a retrieval system, or transmitted by any means, electronic, mechanical, photocopying, recording, or otherwise, without written permission from AnjungCafe Sdn Bhd. (Company No:632695 W).