home of anjungcafe

AnjungCafe Klasik memamparkan koleksi kreatif sekitar tahun 1996 sehingga awal 2000.

Sertai AnjungCafe chat di Telegram. https://t.me/joinchat/AB9YzA9KxwphwE_ntG8alA

Menu:
 
Web www.anjungcafe.com

Sajak
 
Muka Depan Sajak | Hantar idea kreatif anda ke Sajak

kerana sayang aku turutkan

by Surina Abdul Rahman on June 11, 2000 at 18:59:30:



kerana sayang aku turutkan


apakah ini dugaan,
yang harus aku terima,
dalam menempuh dugaan,
untuk hidup bersamamu

sungguh aku tak mampu,
menghadapinya sendirian,
kerna aku tidak cukup tabah,
semua ini mencabar kesabaranku

sayang,
demi cintaku kepadamu,
demi taatku kepada ibu,
semua itu diluar kemampuan,
untuk memilih antara kalian.

namun andai aku diberi pilihan
akan aku pilih keduanya,
kerana ibu yang aku kasih,
keranamu yang aku sayang.

usah kau persoalkan semuanya,
selagi berdaya aku bernyawa
akan aku harungi onak ranjau
akan aku tempuhi dugaan,
biar berkecai nyawa dan badan
kerana sayang aku turutkan

kasih,
setiaku padamu,
taatku pada ibu,
andai kau pinta aku berkorban,
ku pertaruhkan nyawa sebagai gadaian,
agar kau mengerti sayangku
padamu seorang.

(buat insan tersayang : Dino@Blade_the_king)

Statistik Kandungan
Penulisarchive(klik lihat profail)
Markah Undian-
Populariti1023
Tarikh2005-09-20

Sila Undi


Bookmark and Share

Since November 14th, 1996. All right reserved.Unauthorized duplication is a violation of applicable laws©+® 1996 - 2017 by AnjungCafe Sdn Bhd(Company No:632695 W).
No part of this web site and the "Anjung Cafe" name shall be reproduced, stored in a retrieval system, or transmitted by any means, electronic, mechanical, photocopying, recording, or otherwise, without written permission from AnjungCafe Sdn Bhd. (Company No:632695 W).