|
Sajak
Muka Depan Sajak |
Hantar idea kreatif anda ke
Sajak
hanya satu madah(humairah) by DAENG MAHARI on June 27, 2000 at 06:47:50:
hanya satu madah(humairah)
cinta boleh lahir setiap masa tapi tidak bagi rindu yang hanya hadir bila cintanya berlalu. cinta akan mati jika tidak bernyawakan rindu, tetapi tidak bernafas rindu jika tiada cinta yang dihirup. biasa sahaja melafaz cinta dari bibir durjana, tetapi mana mungkin melontar rindu yang terbit didada. bilang sahaja apa yang suka pada cinta, umpamakan ia dengan apa sekalipun, tidak mungkin serasa rindu yang satu. cinta hanya membutakan diri tetapi rindu, kau jadikan ia agung. kerana rindu yang diam dalam diri lebih murni dari cinta yang dilafaz oleh bibir. jadi bolehkah kau membuang rindu yang telah bertapak dijiwa? atau cinta yang disemai dikelopak mata?
cinta hilang bersama masa, tidak bagi rindu, ia membesar bersama waktu. yang bercinta inginkan semua, tapi bagi perindu cukup sekadar suara. cinta membuat yang lemah berasa gagah, tetapi rindu bisa melembutkan yang perkasa. cinta boleh diluahkan pada sesiapa, tetapi tidak rindu; mutlak dalam diri,hanya sendiri yang menyedari... kita dilamun rindu...pada sesuatu. maka jangan mudah percaya pada cinta, tetapi jujurlah pada rindu. hanya itu yang satu kita sahaja yang tahu... kita mencintai siapa. daeng mahari... rindu pada hujan. humairah...rindu kamu untuk siapa?
Statistik Kandungan
|
|