home of anjungcafe

AnjungCafe Klasik memamparkan koleksi kreatif sekitar tahun 1996 sehingga awal 2000.

Sertai AnjungCafe chat di Telegram. https://t.me/joinchat/AB9YzA9KxwphwE_ntG8alA

Menu:
 
Web www.anjungcafe.com

Sajak
 
Muka Depan Sajak | Hantar idea kreatif anda ke Sajak

*Insomnia*

by Shah on August 01, 2000 at 03:23:36:



*Insomnia*



Apakah nilai wang?
Sekadar pengisi petrol
perjalanan hidup...
Entah dari mana bermula
dan entah berapa jauh lagi...

Apakah nilai harta?
Sekadar pengubat duka
buat sementara...
Entah apa jenamanya...
dan entah bila tarikh luputnya...

Apakah nilai kawan?
Sekadar menemani diri
kalau tak mahu bersendiri...
Entah siapa hari ini
dan entah bila dia akan pergi...

Apakah nilai kasih?
Sekadar berkongsi puisi
tentang rindu di hati...
Entah siapa yang masih sudi
dan entah bila aku akan kecewa lagi...

Menyingkap kembali diari kehidupan...
Adakah yang semalam
masih bernilai hari ini?
Adakah yang pernah bersama...
kini berbeza arah haluannya?
Dan perjalanan yang pernah dilalui...
masihkah ia diingati?
Dan kesilapan-kesilapan dahulu...
masihkah diulangi atau telah diinsafi?

Pelbagai soalan menyerang...
sementara menunggu dinihari...
tidurku tak lena lagi...
entah bila kepala akan sepi...
dan entah mengapa ia pilih aku ni...
entah apa-apa entah...

by : Shah
note : Bila susah nak tidur...

Statistik Kandungan
Penulisarchive(klik lihat profail)
Markah Undian-
Populariti972
Tarikh2005-09-20

Sila Undi


Bookmark and Share

Since November 14th, 1996. All right reserved.Unauthorized duplication is a violation of applicable laws©+® 1996 - 2017 by AnjungCafe Sdn Bhd(Company No:632695 W).
No part of this web site and the "Anjung Cafe" name shall be reproduced, stored in a retrieval system, or transmitted by any means, electronic, mechanical, photocopying, recording, or otherwise, without written permission from AnjungCafe Sdn Bhd. (Company No:632695 W).