home of anjungcafe

AnjungCafe Klasik memamparkan koleksi kreatif sekitar tahun 1996 sehingga awal 2000.

Sertai AnjungCafe chat di Telegram. https://t.me/joinchat/AB9YzA9KxwphwE_ntG8alA

Menu:
 
Web www.anjungcafe.com

Sajak
 
Muka Depan Sajak | Hantar idea kreatif anda ke Sajak

MAAFKAN AKU

by wacana kritis on September 15, 2000 at 23:01:41:



MAAFKAN AKU


 
maafkan aku kalian,
kerana menulis puisi seperti ini,
kerana kesepian kian mewarnai suasana
berkecamuk dengan pelbagai persoalan
pasti kita tahu paksaan bukan kebahagiaan

semalam ku kunjungi lagi,
tempat yang seharusnya tidak aku lewati
ku cuba luahkan duka yang melanda,
bersama riak-riak wajah,
kenangan bersama kalian,

terkadang berbunga kehairanan,
dlm gelodak jiwa ini,
yang melontarkan pertanyaan,
dalam menyingkap hakiki,
kusedari,ku tak berdaya
menyentuh kesepian jiwa kita

ku menyusur sabar di pelepah derita
persis melintasi lorong berduri
dan mencuba damaikan hati,
burung2 bersiul keriangan
serasa kepiluan terlontar,

barangkali kesepian dan ku sendirian
meninggalkan semua penderitaan
dan kata-kata terucap
menikam gegendang telinga ku

kalian,
lihatlah pada cermin sirna,
renung dan tenunglah diri
siapalah kita untuk menyuarakan
kesepian dan lumrah,

kalian,
ku ingin kau memahami ,
kekadang dan adakala,
aku amat merindukan,
kehadiran semalam.



Statistik Kandungan
Penulisarchive(klik lihat profail)
Markah Undian-
Populariti1409
Tarikh2005-09-20

Sila Undi


Bookmark and Share

Since November 14th, 1996. All right reserved.Unauthorized duplication is a violation of applicable laws©+® 1996 - 2017 by AnjungCafe Sdn Bhd(Company No:632695 W).
No part of this web site and the "Anjung Cafe" name shall be reproduced, stored in a retrieval system, or transmitted by any means, electronic, mechanical, photocopying, recording, or otherwise, without written permission from AnjungCafe Sdn Bhd. (Company No:632695 W).