Buy Domain at RM40 /year . Hosting at RM10/ year.
Beli hosting, bina laman blog & buat duit!
Get Credit Cash Back 10% at AnjungCafe Hosting  

AnjungCafe.com
 
SMS_Chat Make Money On The Net My_AC Email Iklan Kenalan Who's?|chat

baju hadiah Menangi baju AnjungCafe pada setiap minggu dengan menghantar karya-karya anda kepada kami. Lihat syarat-syarat penyertaan.

Sajak
 
Muka Depan Sajak | Hantar idea kreatif anda ke Sajak

Abnormal Adalah Aku

by jerangkoong on March 22, 2001 at 12:13:58:



Abnormal Adalah Aku


 dalam ini dunia
secara umumnya manusia
terbahagi kepada dua
iaitu manusia biasa
dan juga luar biasa

manusia normal menyangka
bahawa setiap perkara seharusnya
berlaku menurut yang biasa
terjadi ke atas mereka
atau dengan lain kata
sepatutnya tidaklah banyak berbeza
dengan episod hidup mereka

malangnya itu sangkaan
sebenarnya suatu kesilapan
kerana hakikatnya sebahagian
atau lebih penghuni bumi ini
adalah terdiri daripada kami
yang terkeluar daripada normaliti

apabila seorang yang abnormal
melakukan sesuatu yang kurang normal
maka dia pasti sekali akan
dikecam atau dikatakan
menyalahi kebiasaan
atau seorang yang keterlaluan
lagi melanggar norma kehidupan

untuk mengelakkan perkara ini
dipandang serong dan dimarahi
maka merekapun terpaksa
hidup dengan berpura-pura
berlagak seperti orang biasa

tahukah kalian apa akibatnya?
perasaan akan tertekan
lalu merosak badan
batin akan tersiksa
jiwa akan merana
setiap hari adalah derita

kesan terakhir hanya dua

yang pertama menjadi gila
kerana adalah dianggap biasa
bagi seorang yang gila
untuk bertindak di luar norma

tidak dianggap melanggar peraturan
apabila seorang yang tidak siuman
melakukan sesuatu di luar kebiasaan

kesan kedua lebih ngeri
akibat tidak sanggup lagi
menanggung penderitaan ini
mereka lalu mengambil jalan membunuh diri
kerana membuat kesimpulan
hanya maut dapat menamatkan
riwayat keabnormalan

ini dua perkara
ada sahaja di mana-mana
di seluruh dunia

bersyukurlah wahai kalian semua
yang dilahirkan sebagai insan biasa
lalu menjalani episod hidup yang serupa

adapun penderitaan ini
hanyalah dapat difahami
oleh mereka yang tersingkir dari normaliti

wahai manusia yang menderita
janganlah dikesalkan kerana
sesungguhnya ini semua
adalah cubaan dari Ilahi
yang telah ditetapkan sejak azali

sesiapa yang mampu bertahan
untuk hidup menurut al-Quran
pasti akan memperoleh kebahagiaan
pada hari kemudian
di mana tiada lagi kematian.

28 Feb 2001


Statistik Kandungan
Penulisarchive(klik lihat profail)
Markah Undian-
Populariti87
Tarikh2005-09-20

Sila Undi


Since November 14th, 1996. All right reserved. ©+® 1996 - 2008 by AnjungCafe Sdn Bhd(Company No:632695 W).
No part of this web site and the "Anjung Cafe" name shall be reproduced, stored in a retrieval system, or transmitted by any means, electronic, mechanical, photocopying, recording, or otherwise, without written permission from
AnjungCafe Sdn Bhd. (Company No:632695 W).

All Rights Reserved, Unauthorized duplication is a violation of applicable laws.