home of anjungcafe

AnjungCafe Klasik memamparkan koleksi kreatif sekitar tahun 1996 sehingga awal 2000.

Menu:
 
Web www.anjungcafe.com

Sajak
 
Muka Depan Sajak | Hantar idea kreatif anda ke Sajak

Perjalanan Kafilah 19 (Senja Yang Rugi)

by The Doors on March 22, 2001 at 12:23:48:



Perjalanan Kafilah 19 (Senja Yang Rugi)


 Senja kini kelam
Jingga bertukar hitam
Bayangan yang memanjang juga pudar
Mati dengan hilangnya mentari
Satu lagi senja telah rugi...

Angin malam mula menyapu kenangan
Yang cuba dibunuh oleh penipuan
Penafian demi penafian
Walaupun telah terang jawapan...

Di mana sepatutnya berdiri
Pengorbanan untuk diri
Perjuangan untuk rohani
Kini dikelirukan hati...

Siapa yang menipu
Siapa yang benar
Terus termangu
Terus terdampar

Senja yang rugi
Malam yang membutakan
Kau dan aku akan terus sempurna
Kekal sebagai orang asing
Selagi angin malam tidak bertiup...


RupaTanpaWajah

Statistik Kandungan
Penulisarchive(klik lihat profail)
Markah Undian-
Populariti898
Tarikh2005-09-20

Sila Undi


Bookmark and Share

Since November 14th, 1996. All right reserved.Unauthorized duplication is a violation of applicable laws©+® 1996 - 2017 by AnjungCafe Sdn Bhd(Company No:632695 W).
No part of this web site and the "Anjung Cafe" name shall be reproduced, stored in a retrieval system, or transmitted by any means, electronic, mechanical, photocopying, recording, or otherwise, without written permission from AnjungCafe Sdn Bhd. (Company No:632695 W).