Buy Domain at RM40 /year . Hosting at RM10/ year.
Beli hosting, bina laman blog & buat duit!
Get Credit Cash Back 10% at AnjungCafe Hosting  

AnjungCafe.com
 
SMS_Chat Make Money On The Net My_AC Email Iklan Kenalan Who's?|chat

baju hadiah Menangi baju AnjungCafe pada setiap minggu dengan menghantar karya-karya anda kepada kami. Lihat syarat-syarat penyertaan.

Sajak
 
Muka Depan Sajak | Hantar idea kreatif anda ke Sajak

andai kau fahami hatiku

by azila on November 02, 2000 at 02:14:57:



andai kau fahami hatiku


Untuk Zam tersayang..

Andai kau tahu... aku terlalu menyayangimu sehinggakan apa yang biasa aku lakukan dahulu, sanggup kutolak ketepi semata-mata untuk memuaskan hatimu kerana aku sedar kau membimbingku ke jalan kebaikan, tapi kau tak nampak...

Andai kau tahu... aku terlalu menghormatimu sebagai bakal suamiku kerana itu aku sentiasa percaya segala kata-katamu demi masa depan kita, tetapi mengapa masih ada rahsia yang di simpan dari pengetahuanku?

Andai kau tahu... apa yang aku impikan bila bersamamu, bukan aku minta belaian tetapi cuma perhatian darimu, apa salahnya jika keluar bersama sekali sekala jika tiada buat dosa..

Andai kau tahu... apa yang aku harapkan darimu, hanya kasih sayang ikhlas yang berpanjangan dan pengorbanan untuk kita sama-sama menghadapi hari hari yang bakal kita tempuhi bersama...

Andai kau tahu... tiada kemewahan aku harapkan darimu, cukup sekadar hidup dalam kesederhanaan supaya kita tidak lupa susah payah yang kita lalui untuk bersama selamanya..

Andai kau tahu... apa yang aku harapkan supaya engkau serius bila membincangkan perihal masa depan kita..janganlah menganggapnya sebagai perkara remeh yang boleh dibuat main-main..

Andai kau tahu.. selama ini beberapa kali aku bercinta dengan bermacam-macam orang, tetapi aku tak tahu mengapa hatiku akhirnya terpaut padamu.. seorang yang suka menyakitkan hatiku serta selalu mengutukku dengan kata-kata yang amat menyakitkan hati suatu masa dahulu.. tetapi aku bersyukur kerana sekarang engkau telah berubah kerana menyayangiku walaupun engkau tidak pernah mengucapkannya...

Andai kau tahu... bahawa akulah seorang wanita yang terlalu mengaharapkan kesetiaanmu sehingga ke akhir hayatku untuk bersama denganmu... janganlah menghampakan harapanku selama ini..

Andai kau tahu... betapa aku amat menyayangi dirimu walaupun aku lebih tinggi dan berisi darimu.. terima kasih kerana menyayangi diri ini seadanya...

Andai kau tahu... aku tidak sabar menuggu hari bahagia yang bakal kita kecapi kelak sebagai suami isteri dan seterusnya membina keluarga yang bahagia bersamamu..

Andai kau tahu.. betapa aku amat bertuah menjadi tunanganmu andai kau menyayangiku sepenuh hatimu...

Dari honey..untuk bee 23/10/2000

Statistik Kandungan
Penulisarchive(klik lihat profail)
Markah Undian-
Populariti224
Tarikh2005-09-20

Sila Undi


Since November 14th, 1996. All right reserved. ©+® 1996 - 2008 by AnjungCafe Sdn Bhd(Company No:632695 W).
No part of this web site and the "Anjung Cafe" name shall be reproduced, stored in a retrieval system, or transmitted by any means, electronic, mechanical, photocopying, recording, or otherwise, without written permission from
AnjungCafe Sdn Bhd. (Company No:632695 W).

All Rights Reserved, Unauthorized duplication is a violation of applicable laws.