home of anjungcafe

AnjungCafe Klasik memamparkan koleksi kreatif sekitar tahun 1996 sehingga awal 2000.

Sertai AnjungCafe chat di Telegram. https://t.me/joinchat/AB9YzA9KxwphwE_ntG8alA

Menu:
 
Web www.anjungcafe.com

Sajak
 
Muka Depan Sajak | Hantar idea kreatif anda ke Sajak

Perjalanan Khalifah Sesat (selamat datang, rumah baru dah siap!)

by :dzeng chomel on November 06, 2000 at 08:41:19:



Perjalanan Khalifah Sesat (selamat datang, rumah baru dah siap!)


Engkau Ketawa Besar?
Tak hairan aku lihat engkau meneguk laju
Dengan air anggur masam berbuih-buih
Tak cemburu aku dengan wang judimu
Dengan kereta besar menjalar hasil 4/6 angka mu
Tidak lelan aku dengan seks bebasmu
Dengan pelacur muda berkurap simpananmu

Pedulikan baju dari paris, Kasut dari itali
Tali leher bersulam benang emas,
baju sutera terbaik dari negeri mata sepet

Jangan ko ingat harta, wang ringgit
Pembantu keselamatan yang sasa
Doktor peribadi dari harvard
Jururawat dari chicago hope
Akan dapat membantu??

Bila masanya tiba
Ko akan menemani aku
Dalam ruang kecil 7X7
Yang digali khas untuk mu
kerana nama mu tertera di situ
Walaupun marmar mengiasi rumah barumu
Walaupun emas menganti marmar
Ruang itu tetap sempit
Tanah itu pasti menghimpit
Sehingga sesak pecah dadamu
Memburaikan segala-galanya
Sehingga ko di bangunkan semula.

Selamat datang ke rumah baru kita
pahat tak perlu berbunyi lagi.


Wallahualam, simpang malaikat 44.

Statistik Kandungan
Penulisarchive(klik lihat profail)
Markah Undian-
Populariti1144
Tarikh2005-09-20

Sila Undi


Bookmark and Share

Since November 14th, 1996. All right reserved.Unauthorized duplication is a violation of applicable laws©+® 1996 - 2017 by AnjungCafe Sdn Bhd(Company No:632695 W).
No part of this web site and the "Anjung Cafe" name shall be reproduced, stored in a retrieval system, or transmitted by any means, electronic, mechanical, photocopying, recording, or otherwise, without written permission from AnjungCafe Sdn Bhd. (Company No:632695 W).