Buy Domain at RM40 /year . Hosting at RM10/ year.
Beli hosting, bina laman blog & buat duit!
Get Credit Cash Back 10% at AnjungCafe Hosting  

AnjungCafe.com
 
SMS_Chat Make Money On The Net My_AC Email Iklan Kenalan Who's?|chat

baju hadiah Menangi baju AnjungCafe pada setiap minggu dengan menghantar karya-karya anda kepada kami. Lihat syarat-syarat penyertaan.

Sajak
 
Muka Depan Sajak | Hantar idea kreatif anda ke Sajak

Ombak dan Laut

by Putri SriWangi on April 11, 2001 at 12:34:09:



Ombak dan Laut


Ombak dan laut
Bagaikan sepasang teruna dara
Yang tak terpisah hingga akhir zaman
Dimana laut disitulah ombak
Berdebur2 memghempas pantai
Merobohkan istana pasir
Membuai2 perahu layar
Terumbang ambing ditimang gelombang
Sekali ketengah sekali ke tepi
Bagaikan layang2 putus talinya
Terawang2 diangkasa nan biru

Saujana mata memandang
Begitulah percikan hati insan
Sering berubah2 seperti ombak dan laut
Ada pasang surutnya
Hari ini bahagia esok menderita
Silih berganti
Bagaikan pertukaran siang dan malam

Ombak dan laut
Lambang cita2 kegigihan insan
Mengharungi alam dan badai kehidupan
Penuh dengan seribu tipu daya kepura2an
Dan kepalsuan tak menghujung
Dilembah kehidupan yang kemarau
Tandus dengan kesucian abadi
Dibumi Illahi yang dipijak ini

Ombak dan laut
Mengukur perjalanan masa
Menanda umur manusia dan bumi ini
Yang kian tua dimamah usia
Menjadikan hidup memang tak selalu indah
Ombak tidak selalu bergelora
Tidak pula selalu tenang
Ombaknya laut mabuknya cinta
Sejauh selaung melaut bernyanyi sunyi
Kembali juga ke asalnya
Begitulah hati kita suka duka
Bertindih kasih
Tiada kekal didunia ini
Melainkan Allah Yang Maha Esa
Diatas segalanya..


Putri SriWangi
Kota Singa

Statistik Kandungan
Penulisarchive(klik lihat profail)
Markah Undian-
Populariti173
Tarikh2005-09-20

Sila Undi


Since November 14th, 1996. All right reserved. ©+® 1996 - 2008 by AnjungCafe Sdn Bhd(Company No:632695 W).
No part of this web site and the "Anjung Cafe" name shall be reproduced, stored in a retrieval system, or transmitted by any means, electronic, mechanical, photocopying, recording, or otherwise, without written permission from
AnjungCafe Sdn Bhd. (Company No:632695 W).

All Rights Reserved, Unauthorized duplication is a violation of applicable laws.