home of anjungcafe

AnjungCafe Klasik memamparkan koleksi kreatif sekitar tahun 1996 sehingga awal 2000.

Sertai AnjungCafe chat di Telegram. https://t.me/joinchat/AB9YzA9KxwphwE_ntG8alA

Menu:
 
Web www.anjungcafe.com

Sajak
 
Muka Depan Sajak | Hantar idea kreatif anda ke Sajak

AIDS

by Seruling Mas on April 22, 2001 at 21:35:36:



AIDS


Berhujah dalam bahasa gerimis
terkulai nada dipinggir suara
gugur dan pecah
berselerakkan merusuh sangkar dada
yang semakin memberat
mengusung usia hamis kepohon kemboja
menyusuri bebayang samar bulan
longgar harapan yang tergantung
dianjung mendung tanpa hujan
maseh adakah serangkai melodi
mencorak suasana merawat irama
tika tirai bersimpuh dipentas?
maseh mengaumkah bunyian mencari arah
penentu gurindam yang merentakkan
aneka ragam tarian ?
atau tika cerita diri berbunga
ditembok tidak bernyawa?

Melisut jari-jemari
menggeretap mengetuk dinding hari
dengungnya memancang perasaan
yang kian kerap mencabut
duri semalam yang merecup dikepala
dimata,didada dan diranjang bara
kerana runcingnya memantau sejarah diri
mengocak keruh air
mengais tragedi ditepian kaki berlumpur.

sepanjang nafas yang dihembus
getaran rongga umpama bunga
berkembang memaut bumi
beburung hinggap dipohon mati
sekian lama telapak tangan
melebar kelangit,mencantas seri hari ini
menunggang doa dikebal belikat angin
bisikkan hilang tenaga
kesetiap simpang darah dan nanah
membanjiri kelopak tangis
menggelepar wangian setanggi
terapung lesu menjaring debar jantung
terhayun kedalam buaian dunia
kebarat,keselatan,ketimur dan keutara
diatas lelayang putus bersama benang kaca.

Statistik Kandungan
Penulisarchive(klik lihat profail)
Markah Undian-
Populariti1741
Tarikh2005-09-20

Sila Undi


Bookmark and Share

Since November 14th, 1996. All right reserved.Unauthorized duplication is a violation of applicable laws©+® 1996 - 2017 by AnjungCafe Sdn Bhd(Company No:632695 W).
No part of this web site and the "Anjung Cafe" name shall be reproduced, stored in a retrieval system, or transmitted by any means, electronic, mechanical, photocopying, recording, or otherwise, without written permission from AnjungCafe Sdn Bhd. (Company No:632695 W).