home of anjungcafe

AnjungCafe Klasik memamparkan koleksi kreatif sekitar tahun 1996 sehingga awal 2000.

Menu:
 
Web www.anjungcafe.com

Sajak
 
Muka Depan Sajak | Hantar idea kreatif anda ke Sajak

Bicara Mu Terhenti Kerana Diam Ku

by AyU on April 22, 2001 at 21:44:47:



Bicara Mu Terhenti Kerana Diam Ku


Manusia tidak gemar membuat keputusan
mungkin kerana itu aku lebih membanyakkan diam
daripada mengeluar kata-kata
yang kau sendiri lemparkan pada angin malam
kemudian kau kata aku bagaikan angin malam itu
yang seringkali mengejut mu dari lena yang panjang
sedangkan kau begitu mengharap berenang difantasi mimpi
merekakan apa segala yang mingkin

Sekali lagi aku memilih diam
kau berbicara tanpa ditemani lirik mata ku
seperti kebiasaan dimana aku berminat akan cerita mu
dan ku lihat sehelai daun gugur dari rantingnya
ketika angin malam menebar dingin
kaukah daun itu?
benarkah aku angin malam?
yang meragut cerita indah mu
meski itu bukan kehendak ku

Kau dambarkan wajah sepi mu pada pandangan ku
nafas resah mu dan nafas resah ku bersatu
pada perbualan yang bisu
dan bicara mu terhenti kerana diam ku

Kau dan aku menjadi diam
kerana itu kita pun menyaksikan daunan menari
bersama rentaknya angin malam....

-=20 April 2001=-
-Cyberjaya-

Salam puisi bisu buat Shah..satu jiwa yang sentiasa berkocak...hanya diakhir puisi memberinya tenang..kita punyai jiwa remaja
 

Statistik Kandungan
Penulisarchive(klik lihat profail)
Markah Undian-
Populariti921
Tarikh2005-09-20

Sila Undi


Bookmark and Share

Since November 14th, 1996. All right reserved.Unauthorized duplication is a violation of applicable laws©+® 1996 - 2017 by AnjungCafe Sdn Bhd(Company No:632695 W).
No part of this web site and the "Anjung Cafe" name shall be reproduced, stored in a retrieval system, or transmitted by any means, electronic, mechanical, photocopying, recording, or otherwise, without written permission from AnjungCafe Sdn Bhd. (Company No:632695 W).