by Aku dan keakuanku on November 06, 2000 at 08:44:28:
Tak Siapa Tahu(Tension Aku...)
Tak siapa tahu tangisanku ini
Tak siapa mengerti derita jiwaku ini
Tak siapa menemani kelukaan sedang ku alami
kerana...
tak siapa tahu
tak siapa mengerti
tak siapa yang menemani
hakikat luka derita yang aku rasai
Bukan tak mahu meluahkan
namun aku malu membicarakan
Luaranku nampak hebat bersemangat
hakikat sebenar aku perlukan 'ubat'
aku perlukan seorang yang dapat mendengarku
aku perlukan seorang yang boleh memahami aku
aku dambakan bantuan motivasi dan nasihat
aku butuhkan kesejatian sahabat
Sudah lama aku hanyut dari fitrah
Sukarnya untuk aku kembali berubah
kerna aku,jiwaku benar-benar parah
Cinta sejati didambakan
menjadi teman, menjadi tempat meluahkan kesukaran
menjadi medan buat menguatkan semangat yang hilang
-------------------------------
Namun aku dipalsukan
kejahatan nafsu melemaskan
mereka pergi meninggalkan aku sendirian
Kini...
aku terhukum dengan dosa nan silam
penyesalan menghantui hidup ini
berjayakah aku teruskan perjuangan pengajian
atau tersungkurkah aku kegagalan,kelemasan
Ujian demi ujian,cabaran demi cabaran,masalah demi masalah
terus-terusan bertambah cambah
Tak siapa membantu
kerana tak siapa yang mengerti duka deritaku
kerana tak siapa tahu tangisanku malam ini
kecuali Ilahi!
--------------
Dari Minda&Hati:
Aku...
Utara Malaysia
945pm
5 Nov 2000.