Buy Domain at RM40 /year . Hosting at RM10/ year.
Beli hosting, bina laman blog & buat duit!
Get Credit Cash Back 10% at AnjungCafe Hosting  

AnjungCafe.com
 
SMS_Chat Make Money On The Net My_AC Email Iklan Kenalan Who's?|chat

baju hadiah Menangi baju AnjungCafe pada setiap minggu dengan menghantar karya-karya anda kepada kami. Lihat syarat-syarat penyertaan.

Sajak
 
Muka Depan Sajak | Hantar idea kreatif anda ke Sajak

Kekwa Putih Dan Rindu

by teratai on May 02, 2001 at 22:52:40:



Kekwa Putih Dan Rindu


Setangkai kekwa kering
diriba malamku yang terjaga
ingatan yang terbuka pada kegelapan asing
aku cari indahnya itu
dari haruman yang telah mati
dan kenangan yang hidup disini
kekwa putih...
aku meraba dalam kekeringan itu
untuk dirasai lagi manis pemberian ini
kerana cintaku pada kenangan dan kelayuan yang ditinggalkan
bahawa antara aku dan dia
adalah kuntuman kasih sayang yang hidup
kau carilah aku dalam warnamu yang mati
aku tidak pernah pudar pada ketulusan ini
dan lelah waktu yang berlari
kasih sayang tak akan mati
keluhuran ini adalah warna hati untuknya yang dikasihi
kekwa putih...
aku tinggalkan rindu ini padamu
untuknya yang abadi dalam waktu yang akan berputar lagi
dari aku yang tercicir dan sendiri
malam yang resah mengesot ke pintu pagi
malam,sunyi dan rindu ini...

Statistik Kandungan
Penulisarchive(klik lihat profail)
Markah Undian-
Populariti117
Tarikh2005-09-20

Sila Undi


Since November 14th, 1996. All right reserved. ©+® 1996 - 2008 by AnjungCafe Sdn Bhd(Company No:632695 W).
No part of this web site and the "Anjung Cafe" name shall be reproduced, stored in a retrieval system, or transmitted by any means, electronic, mechanical, photocopying, recording, or otherwise, without written permission from
AnjungCafe Sdn Bhd. (Company No:632695 W).

All Rights Reserved, Unauthorized duplication is a violation of applicable laws.