home of anjungcafe

AnjungCafe Klasik memamparkan koleksi kreatif sekitar tahun 1996 sehingga awal 2000.

Sertai AnjungCafe chat di Telegram. https://t.me/joinchat/AB9YzA9KxwphwE_ntG8alA

Menu:
 
Web www.anjungcafe.com

Sajak
 
Muka Depan Sajak | Hantar idea kreatif anda ke Sajak

Luka Anak

by teratai on May 02, 2001 at 22:53:37:



Luka Anak


Ketika masanya
masih berlari di padang-padang keriangan
dia telah biasa memungut luka
di bawa pulang tiap petang buat bekal tidur malam nanti
hingga berbekas di hati
dalam mimpinya siapalah tahu
dia telah terjaga dan menjadi dirinya yang kehilangan
mengais-ngais semangat yang telah mati
dari lorong-lorong hidup yang sempit
sakitnya tidur dan mimpi hari ini
kerana lena berbantalkan pertanyaan
yang telah usang berdebu
dimanakah kehidupan yang tulus itu
cukuplah sekian lama mengusung luka dihujung kaki
meniti lembar-lembar hari yang tak pernah riang
setidak-tidak dia ingin merasa
masih ada pohon kehidupan yang meneduhkan
tapi kian lewat waktu
luka jadi nanah
tersayat lagi oleh lingkar hidupnya
terjengket-jengket dan lesu
tersandar didinding malam dan berhenti sepi
cuba menghitung mimipi-mimpi tentang cerita esok
akankah dia menangis lagi...

Statistik Kandungan
Penulisarchive(klik lihat profail)
Markah Undian0
Populariti1186
Tarikh2005-09-20

Sila Undi


Bookmark and Share

Since November 14th, 1996. All right reserved.Unauthorized duplication is a violation of applicable laws©+® 1996 - 2017 by AnjungCafe Sdn Bhd(Company No:632695 W).
No part of this web site and the "Anjung Cafe" name shall be reproduced, stored in a retrieval system, or transmitted by any means, electronic, mechanical, photocopying, recording, or otherwise, without written permission from AnjungCafe Sdn Bhd. (Company No:632695 W).