Buy Domain at RM40 /year . Hosting at RM10/ year.
Beli hosting, bina laman blog & buat duit!
Get Credit Cash Back 10% at AnjungCafe Hosting  

AnjungCafe.com
 
SMS_Chat Make Money On The Net My_AC Email Iklan Kenalan Who's?|chat

baju hadiah Menangi baju AnjungCafe pada setiap minggu dengan menghantar karya-karya anda kepada kami. Lihat syarat-syarat penyertaan.

Sajak
 
Muka Depan Sajak | Hantar idea kreatif anda ke Sajak

TUJUH MAWAR DARI TUJUH BENUA

by arisel ba on May 09, 2001 at 21:03:26:



TUJUH MAWAR DARI TUJUH BENUA


 TUJUH MAWAR DARI TUJUH BENUA

Arisel ba


Debunga mawar berhamboran dari alam syurga
Di belai angin di basahi hujan jatuh ke dada benua
Dibentuk evolusi sejarah flora yang payah
Lalu tumbuh, akar mawar menyulam humas tanah
Pohonan, dedaun dan bunga mawar menjulang cakrawala
Kemudian tunduk malu berzikir keesaan Allah

Tujuh mawar tumbuh gagah dari tujuh benua
Mawar putih cerminan iman dan suci hati
Mawah merah cerminan darah pemberani diri
Mawar biru cerminan degupan saraf nyawa
Mawar kuning cerminan harta dan kuasa
Mawar merahjambu cerminan buruan nafsu dunia
Mawar unggu cerminan kejam, dendam haloba
Mawar jingga cerminan ibadah, kasih dan cinta

Tujuh mawar tumbuh megah dari tujuh benua
Dibelai angin di basahi hujan budaya alam flora
Kini sedang membina taman dalam hatiku
Merakam gegaran jantung dan gigilan nafsu

Realitinya tujuh mawar sepagi segar dari tujuh benua
Derita dan layu dalam jambangan vas manusia
Putih merah biru kuning merahjambu unggu jingga
Relai kelopak layu lalu luruh bersepah di lantai dunia

3 ? 4 Mei 2001
Golden Strait Villas,
Port Dickson, Negeri Sembilan


Statistik Kandungan
Penulisarchive(klik lihat profail)
Markah Undian-
Populariti138
Tarikh2005-09-20

Sila Undi


Since November 14th, 1996. All right reserved. ©+® 1996 - 2008 by AnjungCafe Sdn Bhd(Company No:632695 W).
No part of this web site and the "Anjung Cafe" name shall be reproduced, stored in a retrieval system, or transmitted by any means, electronic, mechanical, photocopying, recording, or otherwise, without written permission from
AnjungCafe Sdn Bhd. (Company No:632695 W).

All Rights Reserved, Unauthorized duplication is a violation of applicable laws.