Buy Domain at RM40 /year . Hosting at RM10/ year.
Beli hosting, bina laman blog & buat duit!
Get Credit Cash Back 10% at AnjungCafe Hosting  

AnjungCafe.com
 
SMS_Chat Make Money On The Net My_AC Email Iklan Kenalan Who's?|chat

baju hadiah Menangi baju AnjungCafe pada setiap minggu dengan menghantar karya-karya anda kepada kami. Lihat syarat-syarat penyertaan.

Sajak
 
Muka Depan Sajak | Hantar idea kreatif anda ke Sajak

Terpulanglah... wahai Puteraku...

by Kuin Amidala on May 24, 2001 at 04:39:58:



Terpulanglah... wahai Puteraku...


Terpulanglah ..
jika bahu ku ini
masih kau bebani
dengan tuduhan itu

Terpulanglah...
jika diri ini
masih kau ragui
walau telah ku
cuba melarik kembali
sutera kasih kita

Terpulanglah
jika hati ini
masih kau sangsi
walau nyata kau
masih terlalu ku rindu

Terpulanglah wahai sang putera...
jika 'ikatan' ini
terlalu jijik dimatamu
maafkan hamba
pacal yang hina
kerana terlalu asyik menjaring
kemilau impian bersamamu..

Namun ku pohon
jika ada secubit masamu
wahai putera,
fikirkanlah sejenak...

siapa yang membisu?
siapa yang kaku?
siapa yang dibiar lesu?
Siapa yang terus dan masih lagi
menunggu?

Telah Ku khabarkan pesan
Telah ku utusi digit talian...

jika masih itu mahu mu..
TERPULANGLAH........

Kuin Amidala
23/05/2001
kl



Statistik Kandungan
Penulisarchive(klik lihat profail)
Markah Undian10
Populariti206
Tarikh2005-09-20

Sila Undi


Since November 14th, 1996. All right reserved. ©+® 1996 - 2008 by AnjungCafe Sdn Bhd(Company No:632695 W).
No part of this web site and the "Anjung Cafe" name shall be reproduced, stored in a retrieval system, or transmitted by any means, electronic, mechanical, photocopying, recording, or otherwise, without written permission from
AnjungCafe Sdn Bhd. (Company No:632695 W).

All Rights Reserved, Unauthorized duplication is a violation of applicable laws.