home of anjungcafe

AnjungCafe Klasik memamparkan koleksi kreatif sekitar tahun 1996 sehingga awal 2000.

Menu:
 
Web www.anjungcafe.com

Sajak
 
Muka Depan Sajak | Hantar idea kreatif anda ke Sajak

Happy Birthday - Hari Kelahiran

by ken on November 21, 2000 at 06:02:05:



Happy Birthday - Hari Kelahiran


 
"di hari ini
roh dan jasad bertemu
insan kecil bersih terjaga dari mimpi
diiringi alunan merdu qamat
menangis garang menolak takdir
agar terselamat dari alam fana ini

siapa tahu
dihari ini sikecil yang menangis tadi
sudah mampu mengukir senyuman
dalam dakapan insan bergelar ibu
mula mensyukuri takdir diri
dalam limpahan kasih suci

di hari ini
berdirilah insan disatu garisan permulaan
pengembaraan dalam mencari rahsia kelahirannya
mengilit segebar kanvas putih sebagai taruhan
bersarungkan agama dan maruah diri
melangkah penuh waspada

dihari ini
insan menangis lagi
bila sesekali lukisan dicemari
dicalar warna warna pahit kehidupan
oleh onak duri yg mengganas
disepanjang perjalanan
bersujud insan kebumi
haruskah diteruskan perjalanan ini

pesan pengembara tua tidak penah menyepi
teruskan langkahmu insan
pijak duri bisa itu
kerana disitulah tersimpanya tangga keramat
yang akan membawamu ke kota keamanan
dan berehatlah disana untuk seketika
jangan terleka disini

di hari esok
bahang mentari akan membakari kulitmu lagi
jangan sesekali kau sesali teruskan perjalanan mu
taufan akan bertiup kencang
hujan akan terus membanjiri jalan jalan mu
demi sumpah sucimu
jangan kau berpaling kebelakang
terjagalah insan bersinarlah matanya

dihari ini
insan tersenyum riang
air mata silam mula membeku menjadi titian
duri duri semalam bertukar menjadi bunga
melakari wajah wajah indah
pada kanvas yang sekian lama menyepi
insan mendongak mensyukuriNYA
jangan terleka dikota ini

dihari ini
insan melangkah tenang
menuju 24 november 2000
sayang Happy Birthday

Statistik Kandungan
Penulisarchive(klik lihat profail)
Markah Undian-
Populariti934
Tarikh2005-09-20

Sila Undi


Bookmark and Share

Since November 14th, 1996. All right reserved.Unauthorized duplication is a violation of applicable laws©+® 1996 - 2017 by AnjungCafe Sdn Bhd(Company No:632695 W).
No part of this web site and the "Anjung Cafe" name shall be reproduced, stored in a retrieval system, or transmitted by any means, electronic, mechanical, photocopying, recording, or otherwise, without written permission from AnjungCafe Sdn Bhd. (Company No:632695 W).