We are Customer too, just like You (-:
Get Credit Cash Back at AnjungCafe Hosting  

AnjungCafe.com
 
SMS_Chat Learn_Internet My_AC Email Iklan Kenalan Who's?|chat

baju hadiah Menangi baju AnjungCafe pada setiap minggu dengan menghantar karya-karya anda kepada kami. Lihat syarat-syarat penyertaan.

Sajak
 
Muka Depan Sajak | Hantar idea kreatif anda ke Sajak

SIAPAKAH DIKAU

by Nilam Baiduri on November 23, 2000 at 11:48:28:



SIAPAKAH DIKAU


siapakah dikau
yang bermain
dicelah kepulan awan
dengan kilauan mata mu
yang gemilang
menusuk hatiku
bagaikan panah asmara
lalu
aku terpesona
dan terleka seketika

berikan aku
sedikit kasihmu
kan ku jadikan gemala hidupku
menerangi jalan yang kelam
yang tadi nya
tidak mampu ku lalui
dek kegelapan malam

andainya sanggup
kau menyuburkan
kegersangan ini
kan ku hangatkan kedinginan malam
dengan puisi kasihku
agar kau terlena
dalam buaian kencana

siapakah dikau
dengan suaramu yang mendayu
menggamit rinduku
dibawa tiupan bayu
tidak terdaya ku menahan perginya
jauh
dan jauh
dan jauh
dan jauh  

Statistik Kandungan
Penulisarchive(klik lihat profail)
Markah Undian-
Populariti84
Tarikh2005-09-20

Sila Undi


Since November 14th, 1996. All right reserved. ©+® 1996 - 2008 by AnjungCafe Sdn Bhd(Company No:632695 W).
No part of this web site and the "Anjung Cafe" name shall be reproduced, stored in a retrieval system, or transmitted by any means, electronic, mechanical, photocopying, recording, or otherwise, without written permission from
AnjungCafe Sdn Bhd. (Company No:632695 W).

All Rights Reserved, Unauthorized duplication is a violation of applicable laws.