Buy Domain at RM40 /year . Hosting at RM10/ year.
Beli hosting, bina laman blog & buat duit!
Get Credit Cash Back 10% at AnjungCafe Hosting  

AnjungCafe.com
 
SMS_Chat Make Money On The Net My_AC Email Iklan Kenalan Who's?|chat

baju hadiah Menangi baju AnjungCafe pada setiap minggu dengan menghantar karya-karya anda kepada kami. Lihat syarat-syarat penyertaan.

Sajak
 
Muka Depan Sajak | Hantar idea kreatif anda ke Sajak

*Permata Impian*

by M.Shahir on September 19, 2001 at 08:23:59:



*Permata Impian*



Isu moral dan korupsi...
Di buletin utama setiap hari...
Selagi Parlimen ada kekosongan kerusi...
selagi itu ada sahaja konspirasi...
Menjadi darah daging sejak zaman berzaman...
hingga kini...
Perlumbaan untuk berkuasa mutlak...
Manusia memang mudah lupa diri...

Bercakap mengenai perpaduan...
dan berhujah tentang sensitiviti...
Sambil menganiaya musuh kepada kariernya...
Apabila pilihanraya hampir...

Entah siapa yang harus dipersalahkan...
tatkala menular budaya jatuh menjatuhkan...
Tiadakah lagi kepimpinan melalui tauladan?
Apa pun rakyat tetap juga mangsa keadaan...

Suatu hari...
Seorang pejuang pun melahirkan hasrat di hati...
Senapangnya pena, lidahnya pedang...
Propagandanya adalah keadilan...
Mengubah senario pentas politik...
lalu ia pun semakin disegani...
Kemajuan dan kesejahteraan...
Suatu yang pernah mustahil kini kenyataan...
Akhirnya...
Permata Malaysia bersinar gemilang...

Akan tetapi...
Belum sempat kuraikan hari bersejarah ini...
Azan Subuh mennyedarkanku dari mimpi...
Laporan berita terkini hari ini...
Saling tak tumpah seperti semalam...

Oleh : M.Shahir
6/9/2001 

Statistik Kandungan
Penulisarchive(klik lihat profail)
Markah Undian-
Populariti122
Tarikh2005-09-20

Sila Undi


Since November 14th, 1996. All right reserved. ©+® 1996 - 2008 by AnjungCafe Sdn Bhd(Company No:632695 W).
No part of this web site and the "Anjung Cafe" name shall be reproduced, stored in a retrieval system, or transmitted by any means, electronic, mechanical, photocopying, recording, or otherwise, without written permission from
AnjungCafe Sdn Bhd. (Company No:632695 W).

All Rights Reserved, Unauthorized duplication is a violation of applicable laws.