Buy Domain at RM40 /year . Hosting at RM10/ year.
Beli hosting, bina laman blog & buat duit!
Get Credit Cash Back 10% at AnjungCafe Hosting  

AnjungCafe.com
 
SMS_Chat Make Money On The Net My_AC Email Iklan Kenalan Who's?|chat

baju hadiah Menangi baju AnjungCafe pada setiap minggu dengan menghantar karya-karya anda kepada kami. Lihat syarat-syarat penyertaan.

Sajak
 
Muka Depan Sajak | Hantar idea kreatif anda ke Sajak

Di Malam Sepi Ini

by Tiruk on December 23, 2000 at 01:54:37:



Di Malam Sepi Ini


 Di Malam Sepi Ini

Keseorangan tidak begitu jua sendirian
Namun Hati ini sesepi subuh bening
Puas ku pujuk padanya hati
Mengapa mesti aku merinduinya


Sedangkan orang sudah tidak sudi
Mengapa pula mesti merindui
Sedangkan dia entahkan ingat entahkan tidak
Ku pujuk lagi hati ku ini


Semalam merupakan kenangan
Kenangan yang ku simpan di kotak sejarah
Kenangan itu jua ku simpan rapi di jiwa
Setiap yang manis ku bawa jauh di sudut hati


Bersama kenangan itu jua ku simpan impian
Bersama kenangan itu jua ku bina harapan
Bersama kenangan itu jua ku bawa diri
Ku bawa diri ini jauh selagi terdaya


Tidak ingin aku mempersendakan hidup ini
Apalagi mempersendakan ciptaan dan anugerah tuhan
Mungkin sudah suratan takdir ku begitu
Alhamdulillah kerna aku masih lagi bangun di tiap kejatuhan......

Tiruk..(entah aper-aper ntah)



Statistik Kandungan
Penulisarchive(klik lihat profail)
Markah Undian-
Populariti100
Tarikh2005-09-20

Sila Undi


Since November 14th, 1996. All right reserved. ©+® 1996 - 2008 by AnjungCafe Sdn Bhd(Company No:632695 W).
No part of this web site and the "Anjung Cafe" name shall be reproduced, stored in a retrieval system, or transmitted by any means, electronic, mechanical, photocopying, recording, or otherwise, without written permission from
AnjungCafe Sdn Bhd. (Company No:632695 W).

All Rights Reserved, Unauthorized duplication is a violation of applicable laws.