home of anjungcafe

AnjungCafe Klasik memamparkan koleksi kreatif sekitar tahun 1996 sehingga awal 2000.

Sertai AnjungCafe chat di Telegram. https://t.me/joinchat/AB9YzA9KxwphwE_ntG8alA

Menu:
 
Web www.anjungcafe.com

Sajak
 
Muka Depan Sajak | Hantar idea kreatif anda ke Sajak

siapalah aku ini,,,,,,,

by nurfatihah on October 29, 2001 at 04:06:57:



siapalah aku ini,,,,,,,


kekadang terfikir
mengapa dan kenapa
tika bahagia yang didamba
kesedihan mengukir ditamu jiwa

kekadang terfikir
mengapa dan kenapa
aku yang terpilih antara beribu manusia
untuk diduga dan terduga

kekadang terfikir juga
siapalah aku
untuk menggapai bintang dilangit
sedangkan rumput ditanah belum tentu menerima

kekadang masih jua terfikir
adakah aku selamanya akan begini
menangis, meratap
mengharap .....

namun akhirnya aku terfikir
siapalah aku untuk
menyesal akan setiap kejadian
kerana setiap kejadian itu aku hanyalah saksi bukannya hakim untuk menghukum.



Statistik Kandungan
Penulisarchive(klik lihat profail)
Markah Undian-
Populariti1565
Tarikh2005-09-20

Sila Undi


Bookmark and Share

Since November 14th, 1996. All right reserved.Unauthorized duplication is a violation of applicable laws©+® 1996 - 2017 by AnjungCafe Sdn Bhd(Company No:632695 W).
No part of this web site and the "Anjung Cafe" name shall be reproduced, stored in a retrieval system, or transmitted by any means, electronic, mechanical, photocopying, recording, or otherwise, without written permission from AnjungCafe Sdn Bhd. (Company No:632695 W).