Buy Domain at RM40 /year . Hosting at RM10/ year.
Beli hosting, bina laman blog & buat duit!
Get Credit Cash Back 10% at AnjungCafe Hosting  

AnjungCafe.com
 
SMS_Chat Make Money On The Net My_AC Email Iklan Kenalan Who's?|chat

baju hadiah Menangi baju AnjungCafe pada setiap minggu dengan menghantar karya-karya anda kepada kami. Lihat syarat-syarat penyertaan.

Sajak
 
Muka Depan Sajak | Hantar idea kreatif anda ke Sajak

Tiada lagi kerinduan....

by kerinduan on December 23, 2000 at 01:55:52:



Tiada lagi kerinduan....


 Kini telah pasti
Kerinduan itu bukan lagi milikku mutlak
Setelah aku engkau lontarkan kejam
lalu tersungkur jauh di dasar lautan kekeciwaan
yang tiada datarannya...

Aku hampir lemas
Terkapai-kapai melambai lesu
Mencari si penyelamat
Yang mampu menarikku ketepi
Dan membalut kelukaanku
Yang semakin parah
Dan titisan darah keperitan
Jelas mengalir laju
Bagai tidak memahami
Aku yang parah menanggung rindu

Jelas engkau
Semakin menggunung ego durjana
Pabila berpaling
dan menghembuskan debu-debu kenangan
yang pastinya beracun
dan menyebarkan virus-virus kelukaan
menyemarakkan lagi
kerinduan yang tidak tertahan...

Kau yakin
Aku pasti menderita
Ditinggalmu
Keseorangan di sini

dan kau
bagaikan Hitler
Meninggalkan mangsa
Di medan perang
yang luas terbentang
Setelah kau taburkan
hujan madusyahdu
Padaku dulu

Tapi sayang
aku tidak selembut salju
Dari terus kelukaan
Ku balut parah kekeciwaan
Mengikis sisa-sisa kerinduan
Sedikit demi sedikit
Bersama bantuan si pengembara
Yang memberiku semangat
Menarikku ketepi
Dan merawat lukaparah kerinduan
Mengajakku terus berfikir
Untuk melupakan kisah perit semalam
Yang digoreskan oleh kau...teman

Lalu bersama semangat yang hampir hilang
Aku mula mengorak langkah
meninggalkan pulau kerinduan
menuju ke satu destinasi
yang pastinya tiada kepedihan....
Hanya kegembiraan....



Statistik Kandungan
Penulisarchive(klik lihat profail)
Markah Undian-
Populariti104
Tarikh2005-09-20

Sila Undi


Since November 14th, 1996. All right reserved. ©+® 1996 - 2008 by AnjungCafe Sdn Bhd(Company No:632695 W).
No part of this web site and the "Anjung Cafe" name shall be reproduced, stored in a retrieval system, or transmitted by any means, electronic, mechanical, photocopying, recording, or otherwise, without written permission from
AnjungCafe Sdn Bhd. (Company No:632695 W).

All Rights Reserved, Unauthorized duplication is a violation of applicable laws.