by salina on November 07, 2001 at 04:14:00:
Seandainya
Seandainya
Ya Allah
Seandainya telah Engkau catakan ia milikku
Tercipta buatku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan antara kami
Agar kemesraan itu abadi
Dan Ya Allah
Seandainya telah Engkau takdirkan dia bukan milikku
Bawalah dia jauh dari pandanganku
Luputkan dia dari ingatanku
Dan peliharakanlah daku dari kekecewaan
Serta Ya allah Tuhan yang maha mengerti
Berikanlah aku kekuatan
Melontar bayangannya jauh ke dada langit tanpa bersama dengannya
Dan Ya Allah yang tercinta
Gantikanlah yang telah hilang
Tumbuhkanlah yang telah patah
Walau tidak sama dengan dirinya
Ya Allah ya Tuhanku
Pasrahkanlah aku dengan takdirmu
Sesungguhnya apa yang telah kau takdirkan adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau maha megetahui
Segala yang terbaik buat hambamu ini\
Ya Allah
Cukuplah Engkau saja yang menjadi pemeliharaku
Di dunia dan di akhirat
Dengarlah rintihan hambamu yang dhaif ini
Jangan Engkau biarkan aku sendirian di dunia dan di akhirat
Menjurus aku ke bawah lembah kemaksiatan dan kemungkaran
Maka,
Kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman
Supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup
Di jalan yang Engkau redhai
Dan?
Kurniakanlah aku keturunan yang soleh
Ikhlas dari;
Salina Shamshuri
2/11/01