home of anjungcafe

AnjungCafe Klasik memamparkan koleksi kreatif sekitar tahun 1996 sehingga awal 2000.

Sertai AnjungCafe chat di Telegram. https://t.me/joinchat/AB9YzA9KxwphwE_ntG8alA

Menu:
 
Web www.anjungcafe.com

Sajak
 
Muka Depan Sajak | Hantar idea kreatif anda ke Sajak

Pengantin Yang Malang

by Saufi Fadzillah a.k.a Mentadak on November 20, 2001 at 13:41:14:



Pengantin Yang Malang


Wangi bunga rampai di ruang depan
Semerbak ke segenap penjuru ruang
Tetamu yang hadir
ceria sekali wajah mereka
Pelamin terhias indah
Anggun dan mengasyikkan

Namun ada esakkan sayu
Dari bilik pengantin
Airmata yang hangat
Mengalir membasahi pipi gebu
Seorang perempuan
Bakal bergelar isteri

Inai yang memerahi jari
Kurung biru yang membaluti diri
Haruman syahdu mewangi
Tak dapat meredakan gundah

Di luar pagar di sudut halaman
Berdiri aku memerhati
Pandangan sayu aku lemparkan
Merenung pelamin

Saat gema kompang menggelegak
Saat bakal suamimu diarak
Akurlah aku akan satu pengertian

Kita adalah pengantin yang malang
Kerana pelamin itu
Kerana cincin di jarimu
Kerana majlis ini
Bukan untuk kita
Hanya sekadar impian pedih
Yang akan menjadi tetamu
Di malam malam mendatang

Moga bahagia sentiasa berada
Di muka pintu rumahmu

Statistik Kandungan
Penulisarchive(klik lihat profail)
Markah Undian-
Populariti1229
Tarikh2005-09-20

Sila Undi


Bookmark and Share

Since November 14th, 1996. All right reserved.Unauthorized duplication is a violation of applicable laws©+® 1996 - 2017 by AnjungCafe Sdn Bhd(Company No:632695 W).
No part of this web site and the "Anjung Cafe" name shall be reproduced, stored in a retrieval system, or transmitted by any means, electronic, mechanical, photocopying, recording, or otherwise, without written permission from AnjungCafe Sdn Bhd. (Company No:632695 W).