Buy Domain at RM40 /year . Hosting at RM10/ year.
Beli hosting, bina laman blog & buat duit!
Get Credit Cash Back 10% at AnjungCafe Hosting  

AnjungCafe.com
 
SMS_Chat Make Money On The Net My_AC Email Iklan Kenalan Who's?|chat

baju hadiah Menangi baju AnjungCafe pada setiap minggu dengan menghantar karya-karya anda kepada kami. Lihat syarat-syarat penyertaan.

Sajak
 
Muka Depan Sajak | Hantar idea kreatif anda ke Sajak

*Satu Demi Satu*

by M.Shahir on January 12, 2002 at 18:59:55:



*Satu Demi Satu*


Pada suatu malam yang sunyi...
sesunyi khabarmu...
gelora duka menakluk hati...
Pada dinihari yang dingin...
sedingin layananmu...
pelbagai persoalan menyerang diri...

Mengapa menyiksa aku begini?
Untuk apa kau hadir hanya untuk pergi?
Di manakah sahabat yang memahami?
Namun segalanya dijawab oleh sepi...

Pernah kukorban kasih dan cinta...
sebelum bertemu denganmu...
kecewaku bukan sekali...
Pernah ku berpesan pada diri...
selepas satu demi satu meninggalkanku...
namun sejarah tetap berulang lagi...

Bisanya tetap sama sahaja...
Siapalah yang sudi berkongsinya...
Aku hanya insan mengharap bahagia...
Namun belum kutemui lagi di dunia fana'...

Aku mencari-cari pada tiap imbasan lalu...
kekuatan yang pernah memapahku...
Bukan tidak pernah air mata membasahi wajahku...
demi mereka yang pergi satu persatu...

Oh Tuhan, tiada dayaku menghadapi ujianMu...
Ampunilah hambaMu yang lemah ini...
Sesungguhnya hanya Kau yang memahami...
apa sahaja yang mereka tidak ketahui...
Akan tetapi alangkah baiknya...
Jikalau mereka mengetahui...

Oleh : M.Shahir

Statistik Kandungan
Penulisarchive(klik lihat profail)
Markah Undian-
Populariti104
Tarikh2005-09-20

Sila Undi


Since November 14th, 1996. All right reserved. ©+® 1996 - 2008 by AnjungCafe Sdn Bhd(Company No:632695 W).
No part of this web site and the "Anjung Cafe" name shall be reproduced, stored in a retrieval system, or transmitted by any means, electronic, mechanical, photocopying, recording, or otherwise, without written permission from
AnjungCafe Sdn Bhd. (Company No:632695 W).

All Rights Reserved, Unauthorized duplication is a violation of applicable laws.