Buy Domain at RM40 /year . Hosting at RM10/ year.
Beli hosting, bina laman blog & buat duit!
Get Credit Cash Back 10% at AnjungCafe Hosting  

AnjungCafe.com
 
SMS_Chat Make Money On The Net My_AC Email Iklan Kenalan Who's?|chat

baju hadiah Menangi baju AnjungCafe pada setiap minggu dengan menghantar karya-karya anda kepada kami. Lihat syarat-syarat penyertaan.

Sajak
 
Muka Depan Sajak | Hantar idea kreatif anda ke Sajak

Satu Penghormatan Buat Mawar Merah

by TheDoors on January 20, 2002 at 07:21:48:



Satu Penghormatan Buat Mawar Merah


MaTiNyA SeOrAnG pAtRiOt BeRsAmA bIdAdArI

Insan
Yang tak mengenal erti keinsafan
Sehinggalah terlewat dibaluti kapan
Merana dalam keazaban

Mengapa...
Jalan yang lurus engkau tinggalkan
Mengapa...
Kau sanggup berarak ke arah kesengsaraan

Mungkinkah...
Dari matamu ianya satu keindahan
Sehingga menutupi pintu kesedaran
Apakah kau sudah sedar
Atau masih di lamun khayalan
Indahnya semua itu seperti pelangi
Yang mengaburi mata
Cantik mewarnai lingkaran angkasa
Namun ianya bersifat sementara

Pergilah...
kau mengejar pelangi itu
Setelah habis bicara
habis kata-kata

Jika...
kau dapati aku benar
Maka pulanglah sahabatku
Kembalilah ke arah yang satu

Kerana...
Hidup kita bukan beraja di mata
Tetapi bermula dari minda
Yang dianugerahkan NYA


*6 pagi (25/06/2000)


*wardatul hamra'& TheDoors

Zue@MawarMerah@WardatulHamra telah kembali kesisiNYA pada 10 Ramadhan yang lalu dan aku pulak baru tahu hari ini 16.1.2002...dan sajak ini telah kami karang berdua semasa berchatting di Anjung Cafe dan dihantar keruangan ini hampir satu setengah tahun dahulu...bidadari dah pergi mungkin lepas ni patriot pulak...Al-Fatihah


Statistik Kandungan
Penulisarchive(klik lihat profail)
Markah Undian10
Populariti106
Tarikh2005-09-20

Sila Undi


Since November 14th, 1996. All right reserved. ©+® 1996 - 2008 by AnjungCafe Sdn Bhd(Company No:632695 W).
No part of this web site and the "Anjung Cafe" name shall be reproduced, stored in a retrieval system, or transmitted by any means, electronic, mechanical, photocopying, recording, or otherwise, without written permission from
AnjungCafe Sdn Bhd. (Company No:632695 W).

All Rights Reserved, Unauthorized duplication is a violation of applicable laws.