by Nurul on February 03, 2002 at 09:52:46:
Bisikan duka
ketahuilah...
apabila Allah menciptakan Adam..Dia juga menciptakan Hawa sebagai penemannya...
begitulah juga dengan kehidupan skrg..
wujudnya lelaki dan perempuan
tetapi bagiku
lelakilah yg menghancurkan perasaanku
dan lelaki jugalah insan yg paling aku sayang
yg membuatkan aku derita
hatiku pedih ditusuk duri tajam
aku umpama sekuntum bunga ros
penuh berduri
cantik dipandang tetapi sakit apabila tercucuk durinya
dan lelaki itu berjaya mematahkan duriku dan mengoyak hatiku sebagaimana relainya kelopak bunga ros itu
dapatkah digambarkan
betapa pedihnya hatiku..?
kalau sekadar ingin mencuba rasa
usahla kau berbuat demikian lelaki
hatiku masih luka berdarah di atas kegagalan cinta lalu
bagaimana bisa ku padamkan kekecewaan ini terhadap insan bernama lelaki
seandainya kau masih berniat ingin melukakan hatiku
kau bisikkan kata-kata indah
kita akan bersama
walaupun ku tahu itu adalah dustamu semata
kenapa kau pilih aku?
insan yg tak punya rupa
tak punya harta
tapi akhirnya terbongkar
kau gemar mempermainkan hati insan bergelar wanita
sampai bilakah aku akan dimainkan?
sampai bila?
aku dah puas memendam rasa
membalut luka di dalam diam
tolongla aku
jangan lukai aku lagi
biarlah aku hidup bahagia
tanpa hadirnya dikau
kerana aku rasa itulah yg terbaik buat kita